Tuesday, October 19, 2010

UnTUng RuGi di Pasar MaLaM....


Salam..

Puasa tahun ni, aku kerja kat pasar malam segamat. Agak penatlah juga. Hanya hari ahad dapat bersama2 keluarga. Mula2 malas nak kerja. Tapi bila peluang datang rugi pula tak rebut. Aku ni suka mencuba so kerja pun nak cuba. Dulu pernah kerja kilang, buat rumah dan office so bila dapat kerja yg agak asing bagi aku, terima jelah. Mula2 kerja agak kekok n berat kerna mula kerja terus dalam bulan pose tapi banyak hikmahnya. Bila kerja lama2 baru aku tahu kebenaran pada habith yang menyatakan pasar banyak maksiat n tempat syaitan berkumpul ( lebih kurang ye-salah sila tegur). kenapa aku cakap cam tu.. aku rasa semua orang tahu.

Kerja di bulan pose memang memenatkan badan tapi paling tenat ialah mata dan hati. Inilah cabaran paling besar bagi aku bila kerja pasar malam. Namun bulan pose memberi aku kekuatan dalam menghadapi lautan ujian. Perkara ni menjadi ujian yg mencabar minda, fizikal n hati. Dalam bekerja aku dapat kenal bermacam2 manusia. Semua ni satu pengalaman hidup yang akan mematangkan kita kalau kita melihat pada sudut yang positif. Adakalanya kita hanya mampu melihat , ada kalanya mampu bercakap. Ini semua melambangkan peribadi kita.

Dengan kita mencuba perkara yang baru, kita akan dapat kawan baru, pengalaman baru, persekitaran baru dan yang utama ujian baru.. Namun kadang2 ujian baru inilah yang bahaya. So jgn suka2 mencuba. Dalam masa yang masa, bila berkawan dgn golongan baru banyak kita dapat tahu. Yang kadang2 tidak terfikir kita. Masalah sosial masyarakat kita semakin mehimpit kita tapi kita lemah dalam membantu. Hanya bijak mendengar n memberi nasihat.

AKU SEMAKIN RISAU DGN MASYARAKAT SEKARANG TAPI DI MANA AKU?

Wassaalam...

Thursday, October 14, 2010

mEnUlis Semula ....


Salam..

Lama tak menulis rasa kekok pula.. 3 bulan kebelakangan ni aku agak bz.. lagipun kerja kat tempat org. Nak pergi CC malas pula. Tapi aku dah berhenti kerja 2 minggu. So banyak cerita terkumpul dalam kepala ni. Aku menulis utk berkongsi so nantikan.....
Selamat Beramal...