Salam Maalhijrah 1431

Salam..

lama tak menulis. Tak tahu nak mula cam ne. Lama tak menulis bukan kerna tiada idea tapi kerna tak sesuai kot atau masa yg tidak mengizinkan. Alhamdulilah kerja berjalan dgn lancar. Penat kerja berbaloi dgn gaji dan pengalaman. Pernah kerja sampai kol 10 malam. Dah macam gila dibuatnya. Sabar jelah.. Disini aku nak ucap selamat Maalhijrah kepada semua org islam terutama keluarga, sahabat2 dan sesiapa yg mengenali aku. Nasib baik sempat baca doa akhir dan awal tahun. Sebenarnya aku tersilap tarikh dan hari. Aku ingat hari jumaat. Rupanya khamis. Nasib baik pian beritahu. Kalau tidak terlepas aku. Rugi2. Inilah akibatnya asyik ingt bola je. Aku ni minat gila tengok bola, main kurang. Perlawanan malaysia Vs vietnam start kul 6, aku dan stnday kat depan tv kul 5.15 lepas habis kerja. heheh.. biasalah bukan senang nak tengok malaysia main kat final. Aku berharap semua warga malaysia sempat baca doa akhir dan awal tahu. Jgnlah kerna bola semua perkara ditinggalkan. Dan tahniah kepada pasukan malaysia yang menang. walau pun aku tak sempat tengok live tapi kemenangan tetap aku rasai. Aku dapat kedua2nya.

Budak baru dah nak masuk. Bila dapat cuti dua hari, puas rasanya. Bukan senang nak dapat cuti. Apa lagi menghabiskan dengn tengok movie, tidur dan jalan2 pusing hulu bernam dan tanjong malim. Insyallah aku kerja sampai akhir bulan ni je. Ada 2 minggu lagi nak bersma2 famly sebelum pratikum. Apakah aku sudah bersedia? entahlah. Cuti dah nak habis tapi apakah aku penuhi dengan perkara yg berfaedah. Kepada sahabat2 semua semoga cuti ni mendapatkan berjuta2 kebaikan. Disini aku nak kongsi sebuah habis berkaitan bulan muharan.

Daripada Hafsah R.A berkata :" empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W : Puasa pada hari Asyura, sepuluh hari dalam bulan zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." ( Hadith riwayat an-Nasai )

oklah. ini jelah yg mampu aku garap buat masa ini. wassalam..

#tahniah buat upi dan sasi coz dapat sambung master tajaan upsi. aku pun nak juga. chaiyok2..huhu

Malam yg Panjang....


Terasa malam ni panjang
Entah kenapa aku tak tahu
namun hati membicara menyakinkan aku
ada hikmat semua ini

aku mampu mencuba
mencuba membuatkan aku tdk menyesal
namun adakah masa lagi utk aku
senyum dan berlapang dada menjadi pengubat

ini kerna
Allah bersama2 org yg sabar




syahir mohd
2 - 3 -11
upsi
1.45 pagi...



Salam...

Lama tak menulis. Tak tahu nak tulis apa. Tapi banyak yg berlaku sebenarnya. Namun tak sesuai tulis kot. Aku buat blog ni adalah utk menyatakan isi hati dan berkongsi sesuatu dgn semua orang. Ada org kata blog kau ni dah macam diari maya. Fikir2, betul juga. Jadikan blog sebagai diari hidup. Dengan itu, kita akan dapat mengekalkan sejarah hidup selari aku terus hidup. Pada Masa depan blog ini akan menjadi kenangan dan bahan sejarah kehidupan aku utk keluarga aku. hehhehe.. lama tak menulis menyebabkan aku agak merapu. Apa yg sebenarnya aku nak sampaikan aku pun tak tahu. Nak tahu ke? adalah.. hehheeh.. Baik punya.

Cuti ni aku kerja kat kolej sebagai pekerja skim. Dapatlah duit sikit utk aku simpan dan guna utk masa praktikum. Tinggal sikit je kat kolej ni. Kadang2 menimbulkan keboringan dan rindu pada fmly. Terfikir juga, kan baik duk umah, dapat bersama2 famly. Namun aku pasti ada hkmah yang menanti. Teman sekerja menjadi tempat bergurau, berjalan2. Aktiviti harian kadang2 sama je. Tidur, makan, kerja dan main badminton atau ping pong. Hendak juga buat lain tapi keadaan tidak mengizinkan. Kehadiran palapes menghiburkan hati. Gelagat mereka berlatih, didenda dan teman2 dapat juga menghilangkan bosan. Walau bagaimanapun, aku pasti dan yakin kemana aku pergi dan berada, Allah sentiasa bersama2 hamba-NYa. Hamba-Nya yg kadang2 alpa. Hanya pada-Nya tempat aku mengadu. Cuti ini aku penuhi dengan membaca buku yg memotivasikan diri. ini jelah kehidupan seharian aku kat kolej.

Dalam usia sekarang, baru2 ni aku telah melakukan sesuatu utk masa depan aku. Namun apa kesudahannya, aku tak tahu. Aku hanya berusaha. Aku cuba mencontahi abg ismail dalam membina masa depan. Tapi mampukan aku? InsyaAllah..
wassalam...


Salam...

Di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya eduladha kepada mak ayah, kawan2, awek2 dan adik2 semua. Raya jgn nakal2 ye. Jaga kesihatan dan keselamatan... Nasib baik dapat raya kat umah. Mananya tak , masa nak balik hari tu, tiket habis. Biasalah ingat kerja je. Nasib baik aku ini tak tahu malu. Apa lagi, aku mengendeng kat bus2 yang ada. Akhirnya dapat juga balik. hehehh.. Kepada yang menunaikan haji, aku doakan semuanya selamat dan semoga dapat haji mabrur.. oklah... Wassalam..

#boring rasanya, tak tahu nak buat pe.. ak n azwa asyik dengki aku je..
hehehh..jom layan musang berjanggut..

kepeNatan berKerJa....

Ni kolej aku. aku kerja kat sinilah. kolej ni jugalah tempat aku menginap selama hampir 4 tahun pengajian. Banyak kenangan kat sini. suka dan duka..

ni gambar anak sedara, wafy.. cam nilah aku bila kepenatan kerja..

wafy keletihan bila banyak main, aku pula keletihan bila kerja banyak..uhuhu.. bermain dan berkerja adalah satu senama minda dan fizikal.. ni gaya wafy nak ke sekolah..


Salam..

Hati rasa sedih bila melihat rakan2 dan penghuni kolej berpusu2 pulang ke kampung. Sekarang musim cuti bagi budak2 U. Tak terkecuali Upsi. Aku tak bersama2 dgn famly cuti ni. Masuk ni dah 5 kali cuti sem aku tak bersama famly. 4 kali sebab sebagai jmk dan cuti kali ini sebab aku kerja kat kolej. Jadi budak skim.. hehheh.. biasalah nak kumpul duit dan menimba pengalaman. Walaupun kadang2 fikir cam tak sesuai je kerja ni dgn aku. Tapi ia banyak memberi kesan kepada ku. Antaranya ialah kesabaran dan ketelitian. Kerja yg paling banyak kat pejabat ialah yg berkaitan kunci. Kunci dahlah berribu2, kecil pulak tu.. kadang2 tension juga tapi terlalu awal utk mengalah.. alhamdulilah setakat ni takde kena marah. Biasalah budak baik. heheh.

Ada juga yg cakap dgn aku :,
"kau dulu jmk, buat kerja pentadbiran dan berpakaian kemas je tapi sekarang dah macam bukan pelajar, yelah angkat barang, susun ini itu dan cam2 lagi.. aku rasa kau tak sesuai dan tak boleh "masuk" punya kerja ni.. "

Kata2 itu buat aku terfikir.. kadang2 kita terlalu memikirkan kerja kita tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Bagi aku kerja skim ini tidak mendatangkan kesan negatif pada aku. Dengan kerja cam ni, aku akan lebih memahani persekitaran kerja atau budaya kerja pejabat. Inilah yg kadang2 ramai org tak faham. Sebagai bakal guru dan mungkin pegawai aku akan bekerja dgn ramai staf. Berbagai jenis. So ia amat baik utk aku.. oklah. Apa2 pun kerja aku ni tak menyusahkan org lain. Kepada sehabat2 semua, jaga keselamat dan kesihatan semasa cuti ini. Buatlah kerja yg berfaedah. Yg penting tak menyusahkan org lain.. Anda buat anda dapat.. heheh.. Wassalam..