Sunday, January 9, 2011

HuJunG MinGGu Di TemPAT BaRU..


SALAM..

Alhamdulilah sudah dua minggu di tempat baru. Hujung minggu lepas, balik kampung tapi minggu ini tidak. Untuk menghabiskan masa yang terluang terutama apabila fikri pulang ke kampung, saya merancang pergi ke rumah pak cik Udin di Taman Daya. Dia adalah pak cik sebelah ayah. Seingat saya sudah hampir 20 tahun dia menetap di JB. Dalam masa dapat berjumpa dengan pak cik, saya juga ingin bermain badminton dengan member2 pak cik. Memang tidak dinafikan group pak cik memang hebat-hebat. Bila kita main dengan orang yang hebat, insyaAllah kita akan hebat juga. Lagipun saya memang amat suka main badminton. Selain dapat menyihatkan badan, dapat juga kita juga menghubungkan silaturrahim.

Baru sekali saya datang, sudah rapat dan bergurau senda. Antaranya abang Sharul. Mula2 tengok dia takut juga kerana badan dia berketul-ketul. Namun apabila sudah kenal, dia ok je. Dia ada buka gym dan mempelawa saya datang. Siap pelawa jadi member gym. Daripada perbualan singkat, wujud kerisauan dalam hatinya tentang remaja sekarang. Dia amat menitikberatkan pendidikan anak-anaknya. Semoga beliau dan keluarga berjaya.

Cerita diatas hanya sebahagia liku-liku kehidupan di bandar. Ketabahan dan semangat yang amat tinggi amat dituntut terutama yang masih bujang dan yang telah mempunyai anak-anak. Namun disebalik liku-liku kehidupan itu, nur islam sentiasa dan akan terus berkembang. Saya amat bersyukur dapat tinggal dan bermasyarakat di tempat ini kerana terdapat banyak peluang yang disediakan. Walaupun kehidupan di bandar penuh dengan noktah hitam tapi disebaliknya penuh dengan peluang untuk kita meningkatkan diri. Kuliah2 agama, aktiviti masyarakat dan sukan terlalu banyak sehingga kita boleh memilih. Maka, semua ini terpulang pada kita untuk mewarnai diri kita dengan putih atau hitam. Selamat beramal.

*rebutlah peluang yang ada sebaik mungkin. Dulu mencari kuliah sekarang banyak pula. Start minggu ni setiap malam minggu lepak Taman Daya.

No comments:

Post a Comment