Monday, November 15, 2010

JoM PosE....


Salam

16 November 2010 ini bersamaan 9 Zulhijjah 1431H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Friday, November 12, 2010

Allah...Allah...


Salam...

Allah...
Allah..

Tu adalah kata2 terakhir atuk aku sebelum menembuskan nafas yang terakhir. Aku terus jadi panik. Ni kerana aku tiada pengalaman berhadapan dengan org yang nazak. Atuk aku meninggal di hadapan aku. Ketika itu aku sedangmengurut2nya. Pada mulanya aku tak tahu apa yang terjadi. Aku ingt atuk nak bercakap dgn aku. Tak lama kemudian dia nazak. Namun aku tak tahu juga. Aku terus mengurut. Atuk aku mula bernafaz dengan agak kuat dari biasa namun di sebabkan kejahilal aku, aku masih biasa je. Namun bila ungkapan " Allah..Allah " diucapkan dengan agak kuat baru aku sedar, atuk sedang nazak. Namun semua sudah terlambat. Allah lebih sayang atuk aku. Dia pergi meninggalkan kami semua. Lepas itu baru aku panggil pok su dan mak su. Aku sedih dan terus telefon emak dan ayah di kampung.

Atuk pergi pada tarikh 1.11.2010 iaitu hari Penjara maka senang utk kami mengingatnya. Aku baru bersamanya 4 hari. Tapi banyak yang aku dapat. Bagi aku, semua ini satu pengalaman yang berharga. Bukan senang kita hendak berhadapan dengan org nazak. Dalam masa yang sama ia mengingatkan kita akan kematian. Kematian akan datang pada bila2 dengan ketentuaan Allah. Kita sebagai hamba-Nya wajib sentiasa ingat dan bersedia. Perginya atuk aku adalah rentitan kematian pada tahun ini. Tahun ini banyak org yang aku kenal dan rapat pergi. Semoga mereka di tempatkan ditempat org yg beriman.. Wassalam..

Ingatan dan Al fatiha utk :

1. sahabat aku .. fadiri dan faizol
2. Pak Andak
3. Pak Teh

Tuesday, October 19, 2010

UnTUng RuGi di Pasar MaLaM....


Salam..

Puasa tahun ni, aku kerja kat pasar malam segamat. Agak penatlah juga. Hanya hari ahad dapat bersama2 keluarga. Mula2 malas nak kerja. Tapi bila peluang datang rugi pula tak rebut. Aku ni suka mencuba so kerja pun nak cuba. Dulu pernah kerja kilang, buat rumah dan office so bila dapat kerja yg agak asing bagi aku, terima jelah. Mula2 kerja agak kekok n berat kerna mula kerja terus dalam bulan pose tapi banyak hikmahnya. Bila kerja lama2 baru aku tahu kebenaran pada habith yang menyatakan pasar banyak maksiat n tempat syaitan berkumpul ( lebih kurang ye-salah sila tegur). kenapa aku cakap cam tu.. aku rasa semua orang tahu.

Kerja di bulan pose memang memenatkan badan tapi paling tenat ialah mata dan hati. Inilah cabaran paling besar bagi aku bila kerja pasar malam. Namun bulan pose memberi aku kekuatan dalam menghadapi lautan ujian. Perkara ni menjadi ujian yg mencabar minda, fizikal n hati. Dalam bekerja aku dapat kenal bermacam2 manusia. Semua ni satu pengalaman hidup yang akan mematangkan kita kalau kita melihat pada sudut yang positif. Adakalanya kita hanya mampu melihat , ada kalanya mampu bercakap. Ini semua melambangkan peribadi kita.

Dengan kita mencuba perkara yang baru, kita akan dapat kawan baru, pengalaman baru, persekitaran baru dan yang utama ujian baru.. Namun kadang2 ujian baru inilah yang bahaya. So jgn suka2 mencuba. Dalam masa yang masa, bila berkawan dgn golongan baru banyak kita dapat tahu. Yang kadang2 tidak terfikir kita. Masalah sosial masyarakat kita semakin mehimpit kita tapi kita lemah dalam membantu. Hanya bijak mendengar n memberi nasihat.

AKU SEMAKIN RISAU DGN MASYARAKAT SEKARANG TAPI DI MANA AKU?

Wassaalam...

Thursday, October 14, 2010

mEnUlis Semula ....


Salam..

Lama tak menulis rasa kekok pula.. 3 bulan kebelakangan ni aku agak bz.. lagipun kerja kat tempat org. Nak pergi CC malas pula. Tapi aku dah berhenti kerja 2 minggu. So banyak cerita terkumpul dalam kepala ni. Aku menulis utk berkongsi so nantikan.....
Selamat Beramal...

Friday, August 20, 2010

Terus BerJalan MenCari Satu PenGaJaran...


Salam....

Sekarang aku asyik kena gatal2 je.. doktor kata alergy tapi entahlah.. dugaan. Alhamdulilah dah 10 ramadhan so lagi 20 hari lagi nak raya.. awal bulan 7 hari tu, aku hadiri temuduga kat kg gelam, melaka.. tidur semalam dgn ayah. Thanks banyak2 kat ayah. Sanggup ambil cuti. Sementara tunggu posting , banyak kerja aku buat. Kerja Skim kat kolej, jaga baby, buat sawah n sekarang kerja pasar malam. Dengan kerja yang perbagai ni, aku dapat banyak pengalaman utk masa depan. keletihan Ramadhan dan kerja menguji iman. Bagi aku perkara sekarang adalah latihan masa depan.. daripada kerja2 nilah aku belajar menyimpan duit kerana aku sedar aku semakin tua.. akan banyak tanggungan kelak..

Bila dah hbs belajar ni, rindu zaman2 sekolah. Benar kata org, zaman paling best adalah zaman belajar tapi semua tu dah berlalu utk aku. Cabaran bagi aku makin besar.. harap semuanya baik belaka.. harap ramadhan tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelum2 ni. Rasa janggal pada mula2 pose kerna dah 4 tahun pose kat kolej, tahun ni pose kat umah n tempat kerja so lain rasanya.. dah tak tahu nak tulis apa so bye2 semua... wassalam..

* g Upsi selesaikan masalah berbangkit... kecewa kita..

Sunday, July 25, 2010

keNaPa akU sUKa BaliK kaMPunG?

Salam..

Masa aku kat U dulu , aku kerap balik kampung. Rasanya dalam sebulan 1 atau 2 kali. Kawan2 selalu tanya dan ada yang perli. Dan ada yang terkesan bila aku balik kampung. Kesian dia.Kenapa ye?. dan yang penting, banyak "program" aku terlepas sehingga ia meninggalkan kesan. Kesan 'ditinggalkan" dan "belum bersedia". Walaupun apa pun , ia sudah berlalu. Aku dah hbs belajar. Tapi kenapa ye... uhuhuh

Sunday, June 27, 2010

ciNtA @ SukA...

Salam...

aku jatuh cinta lagi

@

aku jatuh hati lagi

@

aku jatuh suka lagi


Yang mana yek...entahlah. Yang pasti aku gembira. Gembira kerna dapat berkenalan walaupun sekejap. Sekejap tulah yang penting kerna ia mungkin menjadi satu permulaan perjalanan yang panjang. " InsyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi"kata2 terakhir sebelum berpisah...
wassalam..

Wednesday, June 16, 2010

NoMbOr 4 ( EmPaT )




Bila aku rasa terfikir dan ingin menilis, aku terus tulis. Walaupun kadang2 rasa tak perlu pun tak pe. Macam kali ini. Rasa hendak menulis tentang kisah aku dan 4. Layan je........


4 tahun aku belajar kat upsi

anak ke 4

tak dapat 4.00

pernah tinggal aras 4

tengok piala dunia 4 tahun sekali

duduk rumah sewa seramai 4 org masa pratikum

pratikum selama 4 bulan

exam tak pernah dapat no 4

hutang ptptn lebih 24 ribu

kalau kahwin nak anak 4

di benarkan kahwin 4


kenapa aku tulis aku tak pasti tapi selama 4 tahun aku kat upsi, apa yg aku dapat dan sumbangkan? apakah aku masih ditakuk lama atau sebaliknya. Entahlah. No atau masa tidak penting, yang penting usaha kita selamat 4 tahun ini, apa yang aku dapat dan apa yang akan aku sumbangkan hasil 4 tahun aku mengembara.. betul ke apa yang aku tulis ni... SELAMAT BERAMAL.

Wednesday, June 9, 2010

JoM MakAn KeNDuri @ JMK kT KlaTe n GaNU..











Ini Kisah Aku dan kawan2
Cerita ini bermula dengaN.......

Ali : abu, kau tolong beritahu mak aku yek.. aku rasa dah bersedia nak kahwinlah..

Abu : kaulah beritahu sendiri.. kau ke aku yg nak kahwin..kalau aku yg cakap, bagi awek kau pada aku... hehehehhe ( tergelak)

Ali : aku takutlah...nak mulakan tu..

Abu : aik , kau ni...nak kahwin tapi takut..nanti cam ne nak kahwin.. yg penting sekarang langkah pertama.. cakap dgn famly..

Ali : tapi.....

Abu : takde tapi2.. langkah mula2 yg penting.. menjadi permulaan.. kita kena yakinkan emak ayah barulah dia yakin dengan diri kita...

Ali : emmm..tengoklah nnti tapi kau cam ne pula dulu yek, nak beritahu..

Abu : org cam kita ni susah.. tengok rijal n group2 dia tu, cam senang je...senyap2 je terus dapat kad jemputan.. org cam kita ni bercinta punyalah bertahun tapi..

Ni kisah benar semasa kami bercuti di terengganu n kelantan. Aku hanya mendengar sambil menikmati makanan. Kami baru balik dari rumah kawan Ali. Itu pun singgah sebentar. Kami dari Kota baharu nak ke Besut. Dah lapar katakan. Dalam kereta aku berfkir panjang tentang perbincangan tadi. BILA KITA BERJUANG DI JALAN ALLAH, ALLAH AKAN MEMBANTU KITA DALAM SEMUA ASPEK, KEHIDUPAN KITA JADI LUAS, DUNIA AKAN TUNDUK PADA KITA. SEMUA DENGAN IZIN ALLAH.. bak kata pepatah : Susah2 daHulu BerSenang2 kemudian...

Last week, aku dan rakan ke klate n ganu.. tujuan utama ialah melawat kawan kahwin iaitu ateh.Timbul kejelesan bila tengok kawan kahwin. Rijal pun nak kahwin juga. Sebagai kawan bangga kita..heheh.. Bilalah aku nak kahwin pula? sekian..

CEPAT LAMBAT SESUATU ITU
MEMBAWA KEBERKATAN KEPADA KITA
KITA ADALAH SEORANG HAMBA
PENCIPTA LEBIH MENGETAHUI YG TERBAIK...

Friday, May 21, 2010

tEriMa kASih SeMUa...




salam...

terima kasih kerna banyak membantu...
harap semua terus sihat dan menyumbang bakti...
kepada murid2, jgn nakal2..
bila kita ceburi bidang pekerjaan, baru kita rasa dan membuka minda lebih luas..
banyak yang kita rasa dan alami.. heheh...

Thursday, April 22, 2010

aku kembali sihat n tenang...syukur

Salam..

Hampir sebulan aku merasa diserang penyakit misteri.. ada kata kena allerge.. ada kata penyakit kulit..dan yang paling aku risau ialah aku "diludah" atau "ditegur" jin.. ini orang kampung yang cakap.. emak aku punyalah risau, asyik call je.. kalau boleh, bila free. minta aku balik.. kini alhamdulilah.. aku dah makin sihat.. syukur2x...

tinggal lagi sebulan aku pratikum, kejap je masa berlalu.. daripada 14 minggu kini tinggal 4 minggu.. inilah kehidupan.. MASA TERUS BERLALU.. namun kita cam ne.. APAKAH KITA DITAKUK YANG LAMA..kosistenkah kita atau menurun.. berapakah tinggal usia aku d dunia... hanya Allah yang tahu..sekian..

Thursday, March 4, 2010

Lama tak menulis...

Salam..

Kejap je masa berlalu..kejam kelip kejam kelip dh sebulan aku tak menulis.. dah 8 minggu kat sekolah sungai besar.. dh 8 minggu "bertarung".. aku semakin sihat dan selesa dengan sekolah..
just kadang je nak bangun pagi liat..hehe.. yelah asyik tengok bola je.. snggup bangun kul 4 semata2 kerna bola tapi kalau bab solat payah gila.. aku harap kawan2 semua sihat.. dah lebih 4 bulan masa memisahkan kita.. apa khabar JMK, apa khbar PSR dan apa khbar UPSI...
Sekolah aku kecil tapi terasa besar..besar kerna membawa harapan yang besar..pensyarah dah sekali datang.. banyak gila komen..komen membina..aku juga sekarang jadi nujum bidang terjun.. nak tahu tak. kat sekolah aku, ada 10 org murid yang asyik kena gangguan jin..setiap hari.. kadang2 semua jadi serentak.. makin bertambahlah kerja guru dan pentadbiran.. aku hari2 letih dan perpeluh2.. rasa rugi bila tak belajar jagi " ustaz " masa kat kolej.. dulu hanya ikut azman n azmi serta the geng ubat orang.. aku hanya tolong..tolong tengok.. hehheh.. sekarang aku n cikgu2 lain kena ubat org.. bacalah apa yg patuh.. kalau tak tahu minta pandangan azman n azmi.. terima kasih ye..
Hari ini , kat sekolah ada sambutan maulud..aku jadi MC.. tak payah teks just pamplet je.. aku hentam je.. rupa2nya aku boleh jadi MC.. ustaz siap puji.. hehehe.. lagi pun PPD datang tadi.. aku jalan je..huhuh..oklah.. kita jumpa lagi next time..
wassalam...

Tuesday, February 2, 2010

Akulah....

Salam..

aku bakal guru
anak suluh budiman
cabaran dan pengalaman aku tempuhi
kini, aku...
mencurah ilmu dan tenaga
teluk anson menjadi pilihan
dikelilingi sumber pertanian
sungai renggam menjadi saksi
sk sungai besar membuka hati
aku diterima dengan harapan
untuk membantu anak bangsa
aku guru bm
aku guru Kt
aku guru seni
aku pembantu jurulatih
aku jua bomoh bidang terjun
sehabis baik masa dan tenaga aku curahkan
masa dan peluang aku rebut
aku guru pratikum
satu malaysia menjadi wawasan
dunia akhirat jadi penamat

Tuesday, January 12, 2010

" CuaCa " sayup dan MenDung....



Hati sedih mengenangkan apa yg berlaku

Bilakah masa utk aku pula

dulu aku lari dari sahabat semua

kini aku terasa amat menyesal

masa amat penting

akan ku mula semula dari bawah

aku tidak menyumbang apa2

aku terasa sangat dgn apa yg berlaku

kehilangan sahabat membuatku berfikir

apa sumbangan aku

apa jasa aku

apa yang aku korbankan

aku akan di tanya

di pertanggungjawabkan

kerna aku

seorang hamba

* sempat melawat akhi fadiri..
prtama kali semuanya..
besar sungguh maknanya pada aku..
alfatiha utk sahabatku.. faizol n fadiri

Wednesday, January 6, 2010

KALIMAH ALLAH ....


video
video n0 2..


video
video no 1..

salam..

aku rasa ni antara jawapan yg terbaik aku dengar.. so aku nak kongsilah.. selamat meghayatinya.. tahun baru dengan harapan baru...

Saturday, January 2, 2010

habis sudah @ selamat datang...


Salam..

Selamat datang 2010. kejap je masa berlalu. Sedar tak sedar tua sudah aku. Kalau ikut bulan islam lagilah tua aku ni . heheh. 2009 berlalu dan ia banyak mengajar aku. Tahun baru ni aku akan mulakan dengan pratikum kat Sek Rendah Sg Besar, Teluk Intan. 3 tahun setengah aku belajar akan aku aplikasi dan curah sebaik mungkin. Cuti baru ni aku penuhkan dgn kerjalah.. Sedih bila nak balik umh. Sedih cos berpisah dgn rakan sekerja dan sedih nak jumpa fmly. thanks pada puan su, kak sha, kak rina, abg aris, amin dan apis. dan tak lupa pada ak,azron, liza,ayu, fauzi, ali dan cris yang banyak mengajar. Lagilah sedih nak berpisah dengan kawan dan tempat yang banyak mendidik aku. heheheh

Kerja sebagai skim banyak mendidik aku tentang kesabaran dan ketelitaan dalam berkerja. Bila kita kerja sebagai org bawahan baru kita belajar banyak perkara. 2 tahun jadi jmk menyebabkan aku kadang2 lupa perasaan anak buah aku. Maaflah ye kawan2 kalau aku ada salah. Semoga tahun 2010 ni akan membawa seribu keinsafan kepada aku. Aku risau dengan keadaan sekeliling aku. Tahun baru kita dikejutkan dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain dan masalah posting. Insyallah semua akan dapat diatasi dengan jayaanya.