Thursday, January 27, 2011

ZAUJAH?????





Salam..

Baru2 ini ada dua orang tanya saya pasal zaujah. Mula2 tidak tahu, apa itu zaujah. So kenalah tanya orang lebih arif. Tahulah saya apa itu zaujah. heheh. Lepas dapat kerja ini adalah juga terfikir tapi tidaklah secara serius. Walau bagaimanapun kita tengok ajelah nanti.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Sekarang musim hujan kat JB. So sudah beberapa kali "bermain" dengan air hujan. Alhamdulilah masih diberi kesihatan untuk menjalankan tanggungjaab sebagai pendidik walaupun bukan anak bangsa dan ummah. Dalam masa yang sama, rindu teramat kepada ibu dan ayah serta adik2. InsyaAllah akan bersua jua masa cuti raya cina. wassalam.

# semoga istiqamah dalam mentelaah Minhajul Abidin. Semoga hati lapang dan tunduk pada-Nya.

Sunday, January 9, 2011

HuJunG MinGGu Di TemPAT BaRU..


SALAM..

Alhamdulilah sudah dua minggu di tempat baru. Hujung minggu lepas, balik kampung tapi minggu ini tidak. Untuk menghabiskan masa yang terluang terutama apabila fikri pulang ke kampung, saya merancang pergi ke rumah pak cik Udin di Taman Daya. Dia adalah pak cik sebelah ayah. Seingat saya sudah hampir 20 tahun dia menetap di JB. Dalam masa dapat berjumpa dengan pak cik, saya juga ingin bermain badminton dengan member2 pak cik. Memang tidak dinafikan group pak cik memang hebat-hebat. Bila kita main dengan orang yang hebat, insyaAllah kita akan hebat juga. Lagipun saya memang amat suka main badminton. Selain dapat menyihatkan badan, dapat juga kita juga menghubungkan silaturrahim.

Baru sekali saya datang, sudah rapat dan bergurau senda. Antaranya abang Sharul. Mula2 tengok dia takut juga kerana badan dia berketul-ketul. Namun apabila sudah kenal, dia ok je. Dia ada buka gym dan mempelawa saya datang. Siap pelawa jadi member gym. Daripada perbualan singkat, wujud kerisauan dalam hatinya tentang remaja sekarang. Dia amat menitikberatkan pendidikan anak-anaknya. Semoga beliau dan keluarga berjaya.

Cerita diatas hanya sebahagia liku-liku kehidupan di bandar. Ketabahan dan semangat yang amat tinggi amat dituntut terutama yang masih bujang dan yang telah mempunyai anak-anak. Namun disebalik liku-liku kehidupan itu, nur islam sentiasa dan akan terus berkembang. Saya amat bersyukur dapat tinggal dan bermasyarakat di tempat ini kerana terdapat banyak peluang yang disediakan. Walaupun kehidupan di bandar penuh dengan noktah hitam tapi disebaliknya penuh dengan peluang untuk kita meningkatkan diri. Kuliah2 agama, aktiviti masyarakat dan sukan terlalu banyak sehingga kita boleh memilih. Maka, semua ini terpulang pada kita untuk mewarnai diri kita dengan putih atau hitam. Selamat beramal.

*rebutlah peluang yang ada sebaik mungkin. Dulu mencari kuliah sekarang banyak pula. Start minggu ni setiap malam minggu lepak Taman Daya.

Thursday, January 6, 2011

Ingin MeNulis SemuLa...

Salam...

Lama saya tidak menulis. Dalam kesibukan yang terbuang, banyak perkara telah berlaku. Sebelum ini, amat malas hendak menulis. Tapi rasa rugi jika berhenti separuh jalan. InsyaAllah dengan izin dan kelapangan masa, saya akan menulis semula.

Dalam masa tidak menulis banyak yang berlaku terutama kepada keluarga saya. Bagi saya, saya dan kawan2 telah diberi penempatan mengajar. Kami semua banyak di hantar ke tempat yang mencabar. Saya amat bersyukur dengan peluang yang di berikan. Pada mulanya agak keberatan dan merunsingkan apabila mengetahu saya akan dipostingkan di JB. Namun bila difikirkan inilah masanya saya mencuba dunia baru, saya terima dengan lapang. Namun sekali lagi saya diduga apabila, saya tahu saya akan diposting ke sekolah Tamil, saya pening lagi. Namun selepas seminggu di tempatkan di sekolah itu, semuanya berjalan dengan lancar. Dengan rasa bersyukur saya diterima mengajar di SJKT LDG SG PLENTONG, PASIR GUDANG, JOHOR. Saya amat bersyukur dipermudahkan urusan dalam membiasakan diri di bandar besar. Di JB, saya bersua dengan sahabat lama iaitu saudara fikri. Sekarang saya tinggal dengan dia. Dia banyak membantu dalam semua hal. Dalam masa yang sama, di sekolah saya bertemankan fauzi dan faizal. Hanya mereka berdua kakitangan melayu. Maka dengan bantu mereka, saya dapat menyesuaikan diri lebih baik dan cepat. Pengalaman hari pertama mengajar amat mencabar kerana saya di observe oleh pengawai PPD Pasir Gudang. Dengan tiada persediaan dan kekurangan pengalaman, saya buat yang termampu. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. Dengan teguran dan nasihat pegawai, saya akan cuba yang terbaik. Walaupun saya mengajar di SJKT, namun bilangan murid yang sikit mengurangkan cabaran. Untuk pengetahuan semua, sekolah saya di kategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid ( SKM ). Apabila kurang murid, maka guru juga kurang. Ini menambah tugas guru. Sebagai guru baru, semuanya satu cabaran dan satu pengalaman baru. Dengan masa mengajar lebih daripada 35, tugas-tugas koko dan akademik, saya mengalami cabaran minda dan fizikal. Semoga saya mengharungi cabaran minda dan fizikal dengan jayanya..

Dalam masa saya mendapat , adik saya, hasanuddin telah mendapat keputusan yang bagus dalam PMR. Dengan izin Allah, dia dapat 8A 1B. InsyaAllah lepas ini dia akan ke asarama jika ditawarkan. Semoga dia akan berjaya pada masa akan datang. Selain itu, adik saya yang bernama Hanisah telah di tawarkan Diploma Kejururawatan di bawah kementerian kesihatan malaysia. Namun baru2 ini, terdapat masalah dunia yang tidak dapat dielekkan, maka dia dengan persetujuana keluarga menarik diri. InsyaAllah dia akan medapatkan yang lebih baik pada masa depan.

Sesungguhnya, emak dan ayah amat gembira dengan apa yang berlaku pada kami sekeluarga. Pada awal tahu 2010 banyak masalah dan cabaran, namun pada akhir tahun, beberapa kejayaan dapat mengubati kami sekeluarga.. Sesungguhnya, senang atau susah adalah ujian Allah kepada hamba-Nya. Semoga tahun2 mendatang akan lebih baik untuk kami sekeluarga.. Wassalam.