Friday, February 25, 2011

SEkOLAH AKU KECIL JE!!!!


Salam..

Ramai menyatakan bahawa aku amat beruntung kerana dapat sekolah kecil ( SKM) kerana tidak banyak kerja dan senang kawal budak. Memang aku amat beruntung tapi bukan kerana itu. Aku beruntung kerana murid2, guru2 dan pentadbiran memahami dan banyak membantu. Memang tidak dinafikan sekolah kecil memudahkan perjalan dan pengurusan harian tetapi semua perkara berkaitan pendidikan dan sekolah adalah sama semua sekolah. Namun realiti sebenarnya, guru baru seperti aku terutama di SJK, semua itu tidak mudah kerana aku sudah di pertanggungjawabkan dengan perbagai tugasan. Bak kata pepatah melayu " yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul".

Walaupun di bebani kerja2 perkeranian selain tugas hakiki sebagai guru, aku amat beruntung kerana mendapat pendedahan awal tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Sekolah aku ada 10 orang je guru termasuk GB, maka tugasan perlu dibahagi2. Maka semua guru mendapat peluang untuk belajar dan menimba ilmu dengan banyak. Baru dua bulan mengajar, aku sudah beberapa kali pergi ke mesyuarat dan bengkel. Semua ini secara tidak langsung akan menambah pengetahuan kita. Dalam masa yang sama, ia memberi aku peluang berkenal dan belajar dari guru senior sekolah lain. Semua yang aku lakukan di sekolah sebenarnya banyak membuatkan aku teringat dengan JMK. Dari JMKlah aku banyak belajar tentang pengurusan. Secara tidak langsung aku tidak kekok berurusan dan terlibat dengan aktiviti pembangunan pelajar. Hal ini kerana aku amat suka. Jika kita suka, semua yang susah akan menjadi mudah dan seronok.

Selamat beramal..
wassalam.

" walaupun tak faham tapi ia mampu buat aku tersenyum "

Sunday, February 20, 2011




Salam.

Baru habis majlis sambutan maulud nabi kat sini. Sekarang aku duduk kat majlis Plentong. So semua banyaklah program yang aku boleh ikut. Dalam masa yang sama, rezeki memang banyak. Aku dan fikri asyik makan je. Kadang2 sampai tidak terlarat hendak makan. Beruntungnya duduk Malaysia ini, So kita sebagai hanba_Nya kena banyak2 bersyukur. Ustaz malam ni memang best dan menyusuk kalbu.. heheheh