Monday, November 30, 2009

SelaMat Hari Raya Eduladha...


Salam...

Di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya eduladha kepada mak ayah, kawan2, awek2 dan adik2 semua. Raya jgn nakal2 ye. Jaga kesihatan dan keselamatan... Nasib baik dapat raya kat umah. Mananya tak , masa nak balik hari tu, tiket habis. Biasalah ingat kerja je. Nasib baik aku ini tak tahu malu. Apa lagi, aku mengendeng kat bus2 yang ada. Akhirnya dapat juga balik. hehehh.. Kepada yang menunaikan haji, aku doakan semuanya selamat dan semoga dapat haji mabrur.. oklah... Wassalam..

#boring rasanya, tak tahu nak buat pe.. ak n azwa asyik dengki aku je..
hehehh..jom layan musang berjanggut..

Tuesday, November 24, 2009

kepeNatan berKerJa....

Ni kolej aku. aku kerja kat sinilah. kolej ni jugalah tempat aku menginap selama hampir 4 tahun pengajian. Banyak kenangan kat sini. suka dan duka..

ni gambar anak sedara, wafy.. cam nilah aku bila kepenatan kerja..

wafy keletihan bila banyak main, aku pula keletihan bila kerja banyak..uhuhu.. bermain dan berkerja adalah satu senama minda dan fizikal.. ni gaya wafy nak ke sekolah..


Salam..

Hati rasa sedih bila melihat rakan2 dan penghuni kolej berpusu2 pulang ke kampung. Sekarang musim cuti bagi budak2 U. Tak terkecuali Upsi. Aku tak bersama2 dgn famly cuti ni. Masuk ni dah 5 kali cuti sem aku tak bersama famly. 4 kali sebab sebagai jmk dan cuti kali ini sebab aku kerja kat kolej. Jadi budak skim.. hehheh.. biasalah nak kumpul duit dan menimba pengalaman. Walaupun kadang2 fikir cam tak sesuai je kerja ni dgn aku. Tapi ia banyak memberi kesan kepada ku. Antaranya ialah kesabaran dan ketelitian. Kerja yg paling banyak kat pejabat ialah yg berkaitan kunci. Kunci dahlah berribu2, kecil pulak tu.. kadang2 tension juga tapi terlalu awal utk mengalah.. alhamdulilah setakat ni takde kena marah. Biasalah budak baik. heheh.

Ada juga yg cakap dgn aku :,
"kau dulu jmk, buat kerja pentadbiran dan berpakaian kemas je tapi sekarang dah macam bukan pelajar, yelah angkat barang, susun ini itu dan cam2 lagi.. aku rasa kau tak sesuai dan tak boleh "masuk" punya kerja ni.. "

Kata2 itu buat aku terfikir.. kadang2 kita terlalu memikirkan kerja kita tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Bagi aku kerja skim ini tidak mendatangkan kesan negatif pada aku. Dengan kerja cam ni, aku akan lebih memahani persekitaran kerja atau budaya kerja pejabat. Inilah yg kadang2 ramai org tak faham. Sebagai bakal guru dan mungkin pegawai aku akan bekerja dgn ramai staf. Berbagai jenis. So ia amat baik utk aku.. oklah. Apa2 pun kerja aku ni tak menyusahkan org lain. Kepada sehabat2 semua, jaga keselamat dan kesihatan semasa cuti ini. Buatlah kerja yg berfaedah. Yg penting tak menyusahkan org lain.. Anda buat anda dapat.. heheh.. Wassalam..

Wednesday, November 18, 2009

Never Walk Alone.....

wan ( baju oren ) meraikan kejayaan adik kesayanganya, akram..
menang main dat lawan stanley ( kalau lawan aku kalah)..heheh

menyambung aktiviti riadah dgn makan durian.. 5 biji rm10...oklah tu.. nyam2...
dengan gelojoh wan mengabiskan sebijik sorang je...

gaya lelaki 2 4 8 yang terkini selepas kekenyangan makan..
#jidin takde cos dia ambil gambar
#adnan ( bos ) ada hal..

muka2 kelaparan ( aku tak termasuk)...

sedapnya.. sehingga menjilat mangkuk..uhuhuhuh

Salam..

Ke mana kita pergi kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran. Kawan akan datang dan pergi. Kita berdepan cabaran baru yang akan mematangkan kita. Berpindah randah merupakan satu kelaziman dunia hari ini. Aku membesar di kawasan yang sma tapi dikeliling individu yang berbeza. Mereka inilah yg banyak memgajar dan membantu aku dalam membentuk persenoliti diri. kita akan berubah, berubah membentuk kepuasan diri. Namun kadang2 ada yg tewas, tewas kepada dunia yg dibina sendiri. Bagi aku, aku beruntung dan mampu mengharunginya. Walau pun awan aku tidak sentiasa cerah tapi aku masih mampu memiliki kehidupan yang ceria dan sentiasa berwarna warni. Nilah warna kehidupan aku. Namun sebagai sahabat, aku turun sedih bila mengetahui ada sahabat yang tewas kepada dunia ciptaan sendiri. Tewas sebelum berjuang. Yang pasti, walau di mana kita berada, pasti ada sahabat yg mendampingi kita. Namun satu kepastian yg hakiki ialah Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Kita yg kadang2 lupa pada-Nya. So kita Never Walk Alone......

Di sini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat aku dan memohon kemaafkan kekurangan aku. Sebenarnya, pada waktu ini aku dalam proses perpisahan dengan sahabat se"UPSI. Ini mengingatkan aku pada sahabat aku dari dulu hingga sekarang.

Dalam Memori :

Sekolah Rendah Kebangsaan Sawah Ring..
-Tahun 1-6
# budak baru belajar


Sekolah Menengah Bukit Gambir
-Tingakatn 1-3
#mengenal dunia baru....


Sekolah Menengah Teknik Muar
- Tingkatan 4- 5
# paling mencabar dan "berpengalaman"
, mengajar erti kehidupan dan kegagalan..

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir
- Tingkatan 6
# interprestasi diri dan masyarakat.. suka duka kejayaan


Universiti Pendidikan Sultan Idris ( 2006-2009)
- 2 - 5 - 3
- 2- 1 - 5
- 2 - 1 - 9
- 2 - 4 - 8
- PSR
- JMK
# suka duka mendewasakan diri , satu permulaan yg mencabar..


*sangat sedih bila nak berpisah.. masa nak kenal malu2..
hhuhuhu..

Sunday, November 15, 2009

MeMbedah Filem : Ketika Cinta Bertasbih..


Salam...

Alhamdulilah habis juga tengok cerita KCB. Biasalah tengok sikit2. Mahu 4 hari habis. Bagi aku cerita ini agak menarik. Untuk pengetahuan semua, aku hanya membaca novel KCB ke-2, yg 1 aku tak baca. Tak tahu kenapa. Daripada cerita ini aku tertarik kat syarat yang Ana bagi semasa menerima pinangan Furqan. Ini kali pertama aku dengar tentang itu. Bagus juga syarat yang di bagi Ana. Agar lelaki lebih yakin dan betul2 memikul tanggungjawab sebagai suami. Yang kedua aku suka kat cerita ini ialah pelakon wanitanya semua cantik2 belaka. Yang lelaki gantang2. hehehh.. Tahniah kepada produksi kerana berjaya menghasilkan cerita berunsur dakwah ( bagi akulah ). Dan perkara yang aku paling terharu dan teruja ialah kaedah pemilihan pelokan KCB. Siap buat pertandingan tu cam AF. Ia memberi peluang kepada semua org utk mencuba tidak kira artis atau org biasa. So pelakon KCB ini adalah dari kalangan pilihan peminat. Inilah yang dinamakan kualiti bukan kuantiti. Filem kat Malaysia berlambak2 tapi kualiti takde. Kan bagus kalau dibuka kepada rakyat malaysia, aku nak try juga. Mana tahu dapat jadi artis dakwah. heheh. Tak sabar nak tunggu KCB yang kedua. oklah. Fikir2kan. Selamat menonton..
Wassalam..

#kenapa malaysia tak buat filem cam ni?
kecewa rasa hati.. Malaysia kan negara islam..
ehhehe.. Mampu ke aku jadi seperti azzam..

Saturday, November 14, 2009

Hati2 bermain Facebook, " Anda diperhatikan" ..

Salam...


FB merupakan satu rakaian perhubungan yang semakin mendapat tempat dikalangan kita terutama kat Malaysia ni.. Aku pun ada FB. Baru 2 bulan rasanya. Itu pun sebab Fs tak boleh buka. Sebelum ni pernah dengar org kata FB ni yahudi buat tapi aku still relaks je. Biasalah just dengar orang kata. Namun baru2 ni aku sendiri terbaca kat satu blog bernama " Satu Ummat". Bila baca tentang perkaitan FB dan yahudi, baru aku nampak. Dalam masa yang sama, aku pernah tengok video tentang Dajjal yang bertajuk " Satu Kedatangan ". Antara perkara penting bagi aku tentang dokumentasi Dajjal tersebut ialah : KAWALAN MINDA. sebelum aku menyambung penulisan aku, baca artikel ini dulu :

Inilah perkembangan laporan tentang Facebook. Laman jejaring sosial,jelas diwujudkan sebagai alat Israel untuk memantau orang-orang Islam dan mendapatkan informasi yang berharga mengenainya. Seperti kita ketahui, di Facebook, para penggunanya boleh memperbaharui status mereka atau meletakkan foto keluarga.

" Menurut Indonésie Magazine yang berpusat di Peranchis, intelektual Israel memfokuskan pada pengguna Facebook, terutama kepada Arab dan Muslim. Israel menggunakan informasi yang diperoleh melalui halaman Facebook mereka itu untuk menganalisis aktiviti mereka dan memahami bagaimana mereka berfikir. Duta besar Israel di Paris menuduh majalah ini dengan “mengungkapkan rahsia bagi musuh."

Facebook merupakan aktiviti rahsia Israel yang ditemukan pada Mei 2001. Gerard Niroux, Profesor Psikologi di Universitas Provence Prancis yang juga menulis buku The Dangers of The Internet, berkata. "Facebook adalah sebuah jaringan intelektual Israel yang terdiri dari psikologi yang memikat para pemuda dari dunia Arab, terutama dari negara-negara yang terletak di dalam jangkauan konflik Israel-Palestin di samping negara-negara di Amerika Latin,"

Niroux mengatakan sejumlah besar orang-orang menggunakan laman jejaring itu untuk bertemu orang lain dan itu sebenarnya tidak baik. "Sangat mudah untuk mengajar orang melihat perempuan," katanya kepada majalah itu.Ini bukan pertama kalinya Israel dituduh menggunakan Facebook untuk memperhatikan orang. Pada bulan April 2008 surat kabar Yordania Al-Haqiqah al-Dawliya menerbitkan sebuah artikel berjudul "The Hidden Enemy" membuat dakwaan yang sama" .

Ni antara laporan yang aku baca. Betul juga apa yg diperkatakan. Musuh islam tidak akan memaksa kita menukar agama atau mengikut agama mereka, tapi mereka akan membuatkan kita lupa dan jauh pada agama kita. Dengan cara apa? . Banyak cara tapi ini dia salah satu caranya iaitu menguasai pemikiran. Dengan FB, mereka mengkaji corak pemikiran kita. Yang paling jelas, FB ini boleh buat kita leka dan lalai.. hehehe.. Salah kita ke FB.. Fikir2kan.

#aku pun kadang2 lalai cos FB..
so salah aku bukan FB.. hati2 ye..

Friday, November 13, 2009

Info Baik Punya : Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya





Salam...

Agak lama tak menulis. buzy dgn exam dan ditambah pula dengan ternet takde.. sedih rasanya.. huhhu. Ujian2. Aku ni suka membelek2 blog orang. Belek2 blog aku jumpa info yang agak menarik dan terkini. Info ini amat sesuai dikongsikan kepada awam. Tentang al-Aqsa. Tentang bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini. Namun benarkah fakta itu. Dalam artikel tersebut, penulis berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Penulis mendapat infi dari pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute. Penulis telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.

Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama.

KESIMPULAN

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionist sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain

Sumber : http://abidfana.com/
Wassalam...

Monday, November 9, 2009

SeRonoK MenCuba...





Salam..

Gomo klate gomo VS Hobin jang hobin!!!!!!!...
Itulah kata2 yang menguasai stadium.. Bergempita malam itu.. Baru2 ni, aku berjaya juga pergi tengok bola secara live kat stadium bukit jalil. Perlawanan akhir Piala Malaysia antara kelantan Vs Negeri Sembilan. Dah lama nak pergi tapi tak kesempatan. Banyak yang aku dapat. Ia membuatkan aku terfikir. Ramainya manusia membuatkan aku tak selesa. Bukan sebab ramainya tapi akhlaknya. Benar kata2 ayah sahabat aku, BOLA.. Buat Orang Lupa Allah. Dalam masa yang sama, ia membuatkan aku berfikir juga, baru ramai ni.. agak2 yang g haji itu cam nelah. Kan lebih ramai... dan cam nelah kat padang masyar. Ia membuatkan aku insaf.. Fikir2kanlah. kepada peminat N9 tahniah atas kemenangan. Yang kalah, sabarlah. Ada hikmat di sebaliknya. kalau menang tak tahulah apa nak jadi. Seronoknya tengok bola kat stadium, membuatkan aku nak g lah. InsyaAllah ada peluang nak pergi lagi. Kepada emak, terima kasih kerna ambil berat dan minta maaf banyak2 kerna buat emak risau. hehehh.. ok je..

Kepada bakal2 guru, pengurusan emosi amat penting. Hal ini kerna akhlak adalah interpretasi emosi bagi seseorang individu itu. Oleh itu, pendidikan emosi perlulah di serap dan digabungjalinkan dalam kehidupan seharian. Ajarlah anak didik dengan pengurusan emosi kerna mereka adalah lambang generasi akan datang. Dengan izin Allah semua akan berjalan seperti yang dikehedaki. Kita hendaklah berusaha untuk yang terbaik..

Akhir kata, seronok mencuba kerna banyak pengalaman dan ilmu aku dapat. Bagi PEMAIN BOLA, SOCCERLAH, bagi PENONTOT SEKOLAHLAH..
wassalam..

#seronok jg mencuba "merisik" awek...
heheh... nak bawa jumpa emak ayah dan g jumpa fmly dia...


Friday, November 6, 2009

Aku Vs " Rindu Bau Pohon Tin "


Salam..

Baru habis 2 paper. Ada 3 paper lagi. Aku last exam 12 haribulan.. Dalam musim2 exam ni, sempat juga aku menghabiskan beberapa buku. Antaranya, Novel Sejarah Islam : Umar Al- Khattab, Obama : Antara Islam, Isreal dan Amerika dan Rindu Bau Pohon Tin. Aku memang suka membaca. Dalam satu sem rasa2nya dalam rm200 -rm300 habis. Cam2 jenis buku aku baca. Ada sukan, agama dan isu2 semasa. Just kali ini aku ingin berkongsi sesuatu. Bila kita membaca, insyaAllah ilmu kita akan bertambah. Rajin2lah membaca. IQRA' merupakan ayat Quran pertama turun. Ini menunjukkan bertapa penting membaca.

"Rindu Bau Pohon Tin" mendatangkan kes mendalam pada jiwa aku. Buku tulisan Ustaz Hasrizal ini membawa kita kepada pengembaraan pengajian ustaz hasrizal semasa di Jordan. Selepas puas membelek2 buku tersebut aku tertarik kepada 2 perkara yang di garap. Yang pertama ialah bekalan kembara diri untuk ustaz hasrizal daripada ustaz beliau. Bekalan tersebut ialah sepotong ayat Quran.

" Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukminin itu pergi semuanya ( ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga."
( Al-Taubah 9 ; 122 )

Ayat ini membuatkan aku terfikir. Kadang2 manusia hanya bersemangat bercakap tentang perjuangan tanpa memikirkan generasi akan datang. Generasi muda perlulah di beri peluang menuntut ilmu agar menjadi ilmuan kelak. Mereka adalah penyambung perjuangan kita. Bekerjalah dijalan Allah dengan semangat dan Ilmu. Setiap manusia mempunyai bahagian masing-masing dalam berjuang di jalan Allah. Fikirlah dimana anda boleh menyumbang tenaga dan masa untuk agama. Yang penting anda menyumbang sesuatu walau sekecil mana pun.

Perkara kedua yang aku tertarik adalah situasi yang dialami oleh Ustaz hasrizal. Situasi tersebut hampir sama dengan apa yang berlaku di tempat aku menuntut ilmu, UPSI. Dulu upsi amat bangga dengan pelajarnya yang berhemah dan berakhlak. Mungkin ada yang brmasalah tapi tidaklah seperti sekarang. Aku pernah dengar, dulu ada pelajar upsi jadi iman di masjid sekitar tanjong malim. Hubungan antara pelajar dengan penduduk sekitar amat baik. Pelajar dipandang mulia dan tinggi. Penduduk sekitar amat tertarik dan menganjung akhlak pelajar upsi. Ada yang dijadikan menantu. Kini semua dah berudah. Masyrakat mula memandang serong kepada pelajar upsi. kadang2 aku malu bila berbual dengan masyarakat tempatan apabila ada yang menceritakan beberapa kejadian yang melibatkan pelajar upsi. Situasi ini juga berlaku pada Ustaz Hasrizal. Kenapa perkara ni berlaku? Apakah kerna perubahan zaman menyebabkan masyarakat juga berubah. Entahlah.. walau bagaimanapun, seperti kata ustaz Taib Azamudin, semua yang berlaku kerna kesilapan kita sendiri. Jangan menuding jari pada pihak lain. Musnahnya alam kerna Islam semakin teruk. Fikir2kanlah.. anda buat anda tanggung. Tapi masyarakat juga menerima kesan. Maka tanggungjawab dakwah dan islam adalah tanggungjawab semua orang islam. Jatuh bangun islam adalah kerna umatnya. Oklah.. dah panjang rasanya.. heheh..
Wassalam..

* malam ni g tengok final piala malaysia d bukit jalil, klanten VS N 9..
aku cuba jadikan ustaz hasrizal sebagai mentor dlm mendirikan "masjid'..
mampukan aku? wait n seelah..hheheh