Friday, November 6, 2009

Aku Vs " Rindu Bau Pohon Tin "


Salam..

Baru habis 2 paper. Ada 3 paper lagi. Aku last exam 12 haribulan.. Dalam musim2 exam ni, sempat juga aku menghabiskan beberapa buku. Antaranya, Novel Sejarah Islam : Umar Al- Khattab, Obama : Antara Islam, Isreal dan Amerika dan Rindu Bau Pohon Tin. Aku memang suka membaca. Dalam satu sem rasa2nya dalam rm200 -rm300 habis. Cam2 jenis buku aku baca. Ada sukan, agama dan isu2 semasa. Just kali ini aku ingin berkongsi sesuatu. Bila kita membaca, insyaAllah ilmu kita akan bertambah. Rajin2lah membaca. IQRA' merupakan ayat Quran pertama turun. Ini menunjukkan bertapa penting membaca.

"Rindu Bau Pohon Tin" mendatangkan kes mendalam pada jiwa aku. Buku tulisan Ustaz Hasrizal ini membawa kita kepada pengembaraan pengajian ustaz hasrizal semasa di Jordan. Selepas puas membelek2 buku tersebut aku tertarik kepada 2 perkara yang di garap. Yang pertama ialah bekalan kembara diri untuk ustaz hasrizal daripada ustaz beliau. Bekalan tersebut ialah sepotong ayat Quran.

" Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukminin itu pergi semuanya ( ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga."
( Al-Taubah 9 ; 122 )

Ayat ini membuatkan aku terfikir. Kadang2 manusia hanya bersemangat bercakap tentang perjuangan tanpa memikirkan generasi akan datang. Generasi muda perlulah di beri peluang menuntut ilmu agar menjadi ilmuan kelak. Mereka adalah penyambung perjuangan kita. Bekerjalah dijalan Allah dengan semangat dan Ilmu. Setiap manusia mempunyai bahagian masing-masing dalam berjuang di jalan Allah. Fikirlah dimana anda boleh menyumbang tenaga dan masa untuk agama. Yang penting anda menyumbang sesuatu walau sekecil mana pun.

Perkara kedua yang aku tertarik adalah situasi yang dialami oleh Ustaz hasrizal. Situasi tersebut hampir sama dengan apa yang berlaku di tempat aku menuntut ilmu, UPSI. Dulu upsi amat bangga dengan pelajarnya yang berhemah dan berakhlak. Mungkin ada yang brmasalah tapi tidaklah seperti sekarang. Aku pernah dengar, dulu ada pelajar upsi jadi iman di masjid sekitar tanjong malim. Hubungan antara pelajar dengan penduduk sekitar amat baik. Pelajar dipandang mulia dan tinggi. Penduduk sekitar amat tertarik dan menganjung akhlak pelajar upsi. Ada yang dijadikan menantu. Kini semua dah berudah. Masyrakat mula memandang serong kepada pelajar upsi. kadang2 aku malu bila berbual dengan masyarakat tempatan apabila ada yang menceritakan beberapa kejadian yang melibatkan pelajar upsi. Situasi ini juga berlaku pada Ustaz Hasrizal. Kenapa perkara ni berlaku? Apakah kerna perubahan zaman menyebabkan masyarakat juga berubah. Entahlah.. walau bagaimanapun, seperti kata ustaz Taib Azamudin, semua yang berlaku kerna kesilapan kita sendiri. Jangan menuding jari pada pihak lain. Musnahnya alam kerna Islam semakin teruk. Fikir2kanlah.. anda buat anda tanggung. Tapi masyarakat juga menerima kesan. Maka tanggungjawab dakwah dan islam adalah tanggungjawab semua orang islam. Jatuh bangun islam adalah kerna umatnya. Oklah.. dah panjang rasanya.. heheh..
Wassalam..

* malam ni g tengok final piala malaysia d bukit jalil, klanten VS N 9..
aku cuba jadikan ustaz hasrizal sebagai mentor dlm mendirikan "masjid'..
mampukan aku? wait n seelah..hheheh

1 comment:

  1. Salam. Sudahkah jumpa medan perjuangan yang jadi pilihan? Aku bukan seorang pejuang. Namun, aku memasang impian untuk menjadi pejuang. Aku ingin jadi pejuang yang berdasarkan semangat dan kefahaman. Macam mana nak dapat kefahaman? Dengan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan.

    Namun, cukupkah aku hanya nak jadi berjuang di sekolah sebagai guru secara berseorangan? Dengan sistem pendidikan yang bersifat dualism? Tak dapat. Kerana aku hanya insan yang lemah. Umpama lidi yang senang dipatah.

    Sebab itu aku perlukan sokongan. Memerlukan 'susunan' kekuatan. Umpama lidi yang dihimpunkan dengan ikatan yang kemas. Mengorak langkah untuk mewujudkan sistem pendidikan yang menyeluruh bertemakan Islam. Di manakah aku mahu mencarinya?

    Moga beroleh kecemerlangan. Insya Allah.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete