Tuesday, November 24, 2009

kepeNatan berKerJa....

Ni kolej aku. aku kerja kat sinilah. kolej ni jugalah tempat aku menginap selama hampir 4 tahun pengajian. Banyak kenangan kat sini. suka dan duka..

ni gambar anak sedara, wafy.. cam nilah aku bila kepenatan kerja..

wafy keletihan bila banyak main, aku pula keletihan bila kerja banyak..uhuhu.. bermain dan berkerja adalah satu senama minda dan fizikal.. ni gaya wafy nak ke sekolah..


Salam..

Hati rasa sedih bila melihat rakan2 dan penghuni kolej berpusu2 pulang ke kampung. Sekarang musim cuti bagi budak2 U. Tak terkecuali Upsi. Aku tak bersama2 dgn famly cuti ni. Masuk ni dah 5 kali cuti sem aku tak bersama famly. 4 kali sebab sebagai jmk dan cuti kali ini sebab aku kerja kat kolej. Jadi budak skim.. hehheh.. biasalah nak kumpul duit dan menimba pengalaman. Walaupun kadang2 fikir cam tak sesuai je kerja ni dgn aku. Tapi ia banyak memberi kesan kepada ku. Antaranya ialah kesabaran dan ketelitian. Kerja yg paling banyak kat pejabat ialah yg berkaitan kunci. Kunci dahlah berribu2, kecil pulak tu.. kadang2 tension juga tapi terlalu awal utk mengalah.. alhamdulilah setakat ni takde kena marah. Biasalah budak baik. heheh.

Ada juga yg cakap dgn aku :,
"kau dulu jmk, buat kerja pentadbiran dan berpakaian kemas je tapi sekarang dah macam bukan pelajar, yelah angkat barang, susun ini itu dan cam2 lagi.. aku rasa kau tak sesuai dan tak boleh "masuk" punya kerja ni.. "

Kata2 itu buat aku terfikir.. kadang2 kita terlalu memikirkan kerja kita tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Bagi aku kerja skim ini tidak mendatangkan kesan negatif pada aku. Dengan kerja cam ni, aku akan lebih memahani persekitaran kerja atau budaya kerja pejabat. Inilah yg kadang2 ramai org tak faham. Sebagai bakal guru dan mungkin pegawai aku akan bekerja dgn ramai staf. Berbagai jenis. So ia amat baik utk aku.. oklah. Apa2 pun kerja aku ni tak menyusahkan org lain. Kepada sehabat2 semua, jaga keselamat dan kesihatan semasa cuti ini. Buatlah kerja yg berfaedah. Yg penting tak menyusahkan org lain.. Anda buat anda dapat.. heheh.. Wassalam..

6 comments:

  1. Belanja! Dah keja kan... hehe.. dah penah tengok syahir yang tido kepenatan

    ReplyDelete
  2. salam...
    hehehe.. nak belanja boleh., datanglah sini.
    jgn beritahu org tau cam ne aku tidur..heheheh

    ReplyDelete
  3. syahir aku pun nk jugak... spent r

    ReplyDelete
  4. gaya tdo kau huduhkan syahir.. pegang perut...

    ReplyDelete
  5. Salam..
    utk pemuda agama je.. Ak takde..
    takpun kau aku belanja telor je..
    Aku tidur mmg pegang perut cam org solat..
    heheheh..sopanlah..

    ReplyDelete
  6. bukannya sopan, ang tekan perut coz bajet2 kempiskan perut time tdoq.. hahaha
    syahir berkerja ke atau bekerja???

    ReplyDelete