Friday, November 12, 2010

Allah...Allah...


Salam...

Allah...
Allah..

Tu adalah kata2 terakhir atuk aku sebelum menembuskan nafas yang terakhir. Aku terus jadi panik. Ni kerana aku tiada pengalaman berhadapan dengan org yang nazak. Atuk aku meninggal di hadapan aku. Ketika itu aku sedangmengurut2nya. Pada mulanya aku tak tahu apa yang terjadi. Aku ingt atuk nak bercakap dgn aku. Tak lama kemudian dia nazak. Namun aku tak tahu juga. Aku terus mengurut. Atuk aku mula bernafaz dengan agak kuat dari biasa namun di sebabkan kejahilal aku, aku masih biasa je. Namun bila ungkapan " Allah..Allah " diucapkan dengan agak kuat baru aku sedar, atuk sedang nazak. Namun semua sudah terlambat. Allah lebih sayang atuk aku. Dia pergi meninggalkan kami semua. Lepas itu baru aku panggil pok su dan mak su. Aku sedih dan terus telefon emak dan ayah di kampung.

Atuk pergi pada tarikh 1.11.2010 iaitu hari Penjara maka senang utk kami mengingatnya. Aku baru bersamanya 4 hari. Tapi banyak yang aku dapat. Bagi aku, semua ini satu pengalaman yang berharga. Bukan senang kita hendak berhadapan dengan org nazak. Dalam masa yang sama ia mengingatkan kita akan kematian. Kematian akan datang pada bila2 dengan ketentuaan Allah. Kita sebagai hamba-Nya wajib sentiasa ingat dan bersedia. Perginya atuk aku adalah rentitan kematian pada tahun ini. Tahun ini banyak org yang aku kenal dan rapat pergi. Semoga mereka di tempatkan ditempat org yg beriman.. Wassalam..

Ingatan dan Al fatiha utk :

1. sahabat aku .. fadiri dan faizol
2. Pak Andak
3. Pak Teh

1 comment:

  1. takziah buat pak cik..apapun, anda sgt bertuah alami saat demikian..sekurangnya, lebih mengingatkan lagi kepada kematian..Cukuplah mati sebagai peringatan berguna bg yang hidup..

    ReplyDelete