Tuesday, February 2, 2010

Akulah....

Salam..

aku bakal guru
anak suluh budiman
cabaran dan pengalaman aku tempuhi
kini, aku...
mencurah ilmu dan tenaga
teluk anson menjadi pilihan
dikelilingi sumber pertanian
sungai renggam menjadi saksi
sk sungai besar membuka hati
aku diterima dengan harapan
untuk membantu anak bangsa
aku guru bm
aku guru Kt
aku guru seni
aku pembantu jurulatih
aku jua bomoh bidang terjun
sehabis baik masa dan tenaga aku curahkan
masa dan peluang aku rebut
aku guru pratikum
satu malaysia menjadi wawasan
dunia akhirat jadi penamat

Tuesday, January 12, 2010

" CuaCa " sayup dan MenDung....



Hati sedih mengenangkan apa yg berlaku

Bilakah masa utk aku pula

dulu aku lari dari sahabat semua

kini aku terasa amat menyesal

masa amat penting

akan ku mula semula dari bawah

aku tidak menyumbang apa2

aku terasa sangat dgn apa yg berlaku

kehilangan sahabat membuatku berfikir

apa sumbangan aku

apa jasa aku

apa yang aku korbankan

aku akan di tanya

di pertanggungjawabkan

kerna aku

seorang hamba

* sempat melawat akhi fadiri..
prtama kali semuanya..
besar sungguh maknanya pada aku..
alfatiha utk sahabatku.. faizol n fadiri

Wednesday, January 6, 2010

KALIMAH ALLAH ....



video n0 2..



video no 1..

salam..

aku rasa ni antara jawapan yg terbaik aku dengar.. so aku nak kongsilah.. selamat meghayatinya.. tahun baru dengan harapan baru...

Saturday, January 2, 2010

habis sudah @ selamat datang...


Salam..

Selamat datang 2010. kejap je masa berlalu. Sedar tak sedar tua sudah aku. Kalau ikut bulan islam lagilah tua aku ni . heheh. 2009 berlalu dan ia banyak mengajar aku. Tahun baru ni aku akan mulakan dengan pratikum kat Sek Rendah Sg Besar, Teluk Intan. 3 tahun setengah aku belajar akan aku aplikasi dan curah sebaik mungkin. Cuti baru ni aku penuhkan dgn kerjalah.. Sedih bila nak balik umh. Sedih cos berpisah dgn rakan sekerja dan sedih nak jumpa fmly. thanks pada puan su, kak sha, kak rina, abg aris, amin dan apis. dan tak lupa pada ak,azron, liza,ayu, fauzi, ali dan cris yang banyak mengajar. Lagilah sedih nak berpisah dengan kawan dan tempat yang banyak mendidik aku. heheheh

Kerja sebagai skim banyak mendidik aku tentang kesabaran dan ketelitaan dalam berkerja. Bila kita kerja sebagai org bawahan baru kita belajar banyak perkara. 2 tahun jadi jmk menyebabkan aku kadang2 lupa perasaan anak buah aku. Maaflah ye kawan2 kalau aku ada salah. Semoga tahun 2010 ni akan membawa seribu keinsafan kepada aku. Aku risau dengan keadaan sekeliling aku. Tahun baru kita dikejutkan dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain dan masalah posting. Insyallah semua akan dapat diatasi dengan jayaanya.

Friday, December 18, 2009

Salam Maalhijrah 1431

Salam..

lama tak menulis. Tak tahu nak mula cam ne. Lama tak menulis bukan kerna tiada idea tapi kerna tak sesuai kot atau masa yg tidak mengizinkan. Alhamdulilah kerja berjalan dgn lancar. Penat kerja berbaloi dgn gaji dan pengalaman. Pernah kerja sampai kol 10 malam. Dah macam gila dibuatnya. Sabar jelah.. Disini aku nak ucap selamat Maalhijrah kepada semua org islam terutama keluarga, sahabat2 dan sesiapa yg mengenali aku. Nasib baik sempat baca doa akhir dan awal tahun. Sebenarnya aku tersilap tarikh dan hari. Aku ingat hari jumaat. Rupanya khamis. Nasib baik pian beritahu. Kalau tidak terlepas aku. Rugi2. Inilah akibatnya asyik ingt bola je. Aku ni minat gila tengok bola, main kurang. Perlawanan malaysia Vs vietnam start kul 6, aku dan stnday kat depan tv kul 5.15 lepas habis kerja. heheh.. biasalah bukan senang nak tengok malaysia main kat final. Aku berharap semua warga malaysia sempat baca doa akhir dan awal tahu. Jgnlah kerna bola semua perkara ditinggalkan. Dan tahniah kepada pasukan malaysia yang menang. walau pun aku tak sempat tengok live tapi kemenangan tetap aku rasai. Aku dapat kedua2nya.

Budak baru dah nak masuk. Bila dapat cuti dua hari, puas rasanya. Bukan senang nak dapat cuti. Apa lagi menghabiskan dengn tengok movie, tidur dan jalan2 pusing hulu bernam dan tanjong malim. Insyallah aku kerja sampai akhir bulan ni je. Ada 2 minggu lagi nak bersma2 famly sebelum pratikum. Apakah aku sudah bersedia? entahlah. Cuti dah nak habis tapi apakah aku penuhi dengan perkara yg berfaedah. Kepada sahabat2 semua semoga cuti ni mendapatkan berjuta2 kebaikan. Disini aku nak kongsi sebuah habis berkaitan bulan muharan.

Daripada Hafsah R.A berkata :" empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W : Puasa pada hari Asyura, sepuluh hari dalam bulan zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." ( Hadith riwayat an-Nasai )

oklah. ini jelah yg mampu aku garap buat masa ini. wassalam..

#tahniah buat upi dan sasi coz dapat sambung master tajaan upsi. aku pun nak juga. chaiyok2..huhu

Tuesday, December 8, 2009

Malam yg Panjang....


Terasa malam ni panjang
Entah kenapa aku tak tahu
namun hati membicara menyakinkan aku
ada hikmat semua ini

aku mampu mencuba
mencuba membuatkan aku tdk menyesal
namun adakah masa lagi utk aku
senyum dan berlapang dada menjadi pengubat

ini kerna
Allah bersama2 org yg sabar




syahir mohd
2 - 3 -11
upsi
1.45 pagi...

Saturday, December 5, 2009

LangKah PertaMa : InsyaAllah...



Salam...

Lama tak menulis. Tak tahu nak tulis apa. Tapi banyak yg berlaku sebenarnya. Namun tak sesuai tulis kot. Aku buat blog ni adalah utk menyatakan isi hati dan berkongsi sesuatu dgn semua orang. Ada org kata blog kau ni dah macam diari maya. Fikir2, betul juga. Jadikan blog sebagai diari hidup. Dengan itu, kita akan dapat mengekalkan sejarah hidup selari aku terus hidup. Pada Masa depan blog ini akan menjadi kenangan dan bahan sejarah kehidupan aku utk keluarga aku. hehhehe.. lama tak menulis menyebabkan aku agak merapu. Apa yg sebenarnya aku nak sampaikan aku pun tak tahu. Nak tahu ke? adalah.. hehheeh.. Baik punya.

Cuti ni aku kerja kat kolej sebagai pekerja skim. Dapatlah duit sikit utk aku simpan dan guna utk masa praktikum. Tinggal sikit je kat kolej ni. Kadang2 menimbulkan keboringan dan rindu pada fmly. Terfikir juga, kan baik duk umah, dapat bersama2 famly. Namun aku pasti ada hkmah yang menanti. Teman sekerja menjadi tempat bergurau, berjalan2. Aktiviti harian kadang2 sama je. Tidur, makan, kerja dan main badminton atau ping pong. Hendak juga buat lain tapi keadaan tidak mengizinkan. Kehadiran palapes menghiburkan hati. Gelagat mereka berlatih, didenda dan teman2 dapat juga menghilangkan bosan. Walau bagaimanapun, aku pasti dan yakin kemana aku pergi dan berada, Allah sentiasa bersama2 hamba-NYa. Hamba-Nya yg kadang2 alpa. Hanya pada-Nya tempat aku mengadu. Cuti ini aku penuhi dengan membaca buku yg memotivasikan diri. ini jelah kehidupan seharian aku kat kolej.

Dalam usia sekarang, baru2 ni aku telah melakukan sesuatu utk masa depan aku. Namun apa kesudahannya, aku tak tahu. Aku hanya berusaha. Aku cuba mencontahi abg ismail dalam membina masa depan. Tapi mampukan aku? InsyaAllah..
wassalam...