Tuesday, October 19, 2010

UnTUng RuGi di Pasar MaLaM....


Salam..

Puasa tahun ni, aku kerja kat pasar malam segamat. Agak penatlah juga. Hanya hari ahad dapat bersama2 keluarga. Mula2 malas nak kerja. Tapi bila peluang datang rugi pula tak rebut. Aku ni suka mencuba so kerja pun nak cuba. Dulu pernah kerja kilang, buat rumah dan office so bila dapat kerja yg agak asing bagi aku, terima jelah. Mula2 kerja agak kekok n berat kerna mula kerja terus dalam bulan pose tapi banyak hikmahnya. Bila kerja lama2 baru aku tahu kebenaran pada habith yang menyatakan pasar banyak maksiat n tempat syaitan berkumpul ( lebih kurang ye-salah sila tegur). kenapa aku cakap cam tu.. aku rasa semua orang tahu.

Kerja di bulan pose memang memenatkan badan tapi paling tenat ialah mata dan hati. Inilah cabaran paling besar bagi aku bila kerja pasar malam. Namun bulan pose memberi aku kekuatan dalam menghadapi lautan ujian. Perkara ni menjadi ujian yg mencabar minda, fizikal n hati. Dalam bekerja aku dapat kenal bermacam2 manusia. Semua ni satu pengalaman hidup yang akan mematangkan kita kalau kita melihat pada sudut yang positif. Adakalanya kita hanya mampu melihat , ada kalanya mampu bercakap. Ini semua melambangkan peribadi kita.

Dengan kita mencuba perkara yang baru, kita akan dapat kawan baru, pengalaman baru, persekitaran baru dan yang utama ujian baru.. Namun kadang2 ujian baru inilah yang bahaya. So jgn suka2 mencuba. Dalam masa yang masa, bila berkawan dgn golongan baru banyak kita dapat tahu. Yang kadang2 tidak terfikir kita. Masalah sosial masyarakat kita semakin mehimpit kita tapi kita lemah dalam membantu. Hanya bijak mendengar n memberi nasihat.

AKU SEMAKIN RISAU DGN MASYARAKAT SEKARANG TAPI DI MANA AKU?

Wassaalam...

Thursday, October 14, 2010

mEnUlis Semula ....


Salam..

Lama tak menulis rasa kekok pula.. 3 bulan kebelakangan ni aku agak bz.. lagipun kerja kat tempat org. Nak pergi CC malas pula. Tapi aku dah berhenti kerja 2 minggu. So banyak cerita terkumpul dalam kepala ni. Aku menulis utk berkongsi so nantikan.....
Selamat Beramal...

Friday, August 20, 2010

Terus BerJalan MenCari Satu PenGaJaran...


Salam....

Sekarang aku asyik kena gatal2 je.. doktor kata alergy tapi entahlah.. dugaan. Alhamdulilah dah 10 ramadhan so lagi 20 hari lagi nak raya.. awal bulan 7 hari tu, aku hadiri temuduga kat kg gelam, melaka.. tidur semalam dgn ayah. Thanks banyak2 kat ayah. Sanggup ambil cuti. Sementara tunggu posting , banyak kerja aku buat. Kerja Skim kat kolej, jaga baby, buat sawah n sekarang kerja pasar malam. Dengan kerja yang perbagai ni, aku dapat banyak pengalaman utk masa depan. keletihan Ramadhan dan kerja menguji iman. Bagi aku perkara sekarang adalah latihan masa depan.. daripada kerja2 nilah aku belajar menyimpan duit kerana aku sedar aku semakin tua.. akan banyak tanggungan kelak..

Bila dah hbs belajar ni, rindu zaman2 sekolah. Benar kata org, zaman paling best adalah zaman belajar tapi semua tu dah berlalu utk aku. Cabaran bagi aku makin besar.. harap semuanya baik belaka.. harap ramadhan tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelum2 ni. Rasa janggal pada mula2 pose kerna dah 4 tahun pose kat kolej, tahun ni pose kat umah n tempat kerja so lain rasanya.. dah tak tahu nak tulis apa so bye2 semua... wassalam..

* g Upsi selesaikan masalah berbangkit... kecewa kita..

Sunday, July 25, 2010

keNaPa akU sUKa BaliK kaMPunG?

Salam..

Masa aku kat U dulu , aku kerap balik kampung. Rasanya dalam sebulan 1 atau 2 kali. Kawan2 selalu tanya dan ada yang perli. Dan ada yang terkesan bila aku balik kampung. Kesian dia.Kenapa ye?. dan yang penting, banyak "program" aku terlepas sehingga ia meninggalkan kesan. Kesan 'ditinggalkan" dan "belum bersedia". Walaupun apa pun , ia sudah berlalu. Aku dah hbs belajar. Tapi kenapa ye... uhuhuh

Sunday, June 27, 2010

ciNtA @ SukA...

Salam...

aku jatuh cinta lagi

@

aku jatuh hati lagi

@

aku jatuh suka lagi


Yang mana yek...entahlah. Yang pasti aku gembira. Gembira kerna dapat berkenalan walaupun sekejap. Sekejap tulah yang penting kerna ia mungkin menjadi satu permulaan perjalanan yang panjang. " InsyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi"kata2 terakhir sebelum berpisah...
wassalam..

Wednesday, June 16, 2010

NoMbOr 4 ( EmPaT )




Bila aku rasa terfikir dan ingin menilis, aku terus tulis. Walaupun kadang2 rasa tak perlu pun tak pe. Macam kali ini. Rasa hendak menulis tentang kisah aku dan 4. Layan je........


4 tahun aku belajar kat upsi

anak ke 4

tak dapat 4.00

pernah tinggal aras 4

tengok piala dunia 4 tahun sekali

duduk rumah sewa seramai 4 org masa pratikum

pratikum selama 4 bulan

exam tak pernah dapat no 4

hutang ptptn lebih 24 ribu

kalau kahwin nak anak 4

di benarkan kahwin 4


kenapa aku tulis aku tak pasti tapi selama 4 tahun aku kat upsi, apa yg aku dapat dan sumbangkan? apakah aku masih ditakuk lama atau sebaliknya. Entahlah. No atau masa tidak penting, yang penting usaha kita selamat 4 tahun ini, apa yang aku dapat dan apa yang akan aku sumbangkan hasil 4 tahun aku mengembara.. betul ke apa yang aku tulis ni... SELAMAT BERAMAL.

Wednesday, June 9, 2010

JoM MakAn KeNDuri @ JMK kT KlaTe n GaNU..











Ini Kisah Aku dan kawan2
Cerita ini bermula dengaN.......

Ali : abu, kau tolong beritahu mak aku yek.. aku rasa dah bersedia nak kahwinlah..

Abu : kaulah beritahu sendiri.. kau ke aku yg nak kahwin..kalau aku yg cakap, bagi awek kau pada aku... hehehehhe ( tergelak)

Ali : aku takutlah...nak mulakan tu..

Abu : aik , kau ni...nak kahwin tapi takut..nanti cam ne nak kahwin.. yg penting sekarang langkah pertama.. cakap dgn famly..

Ali : tapi.....

Abu : takde tapi2.. langkah mula2 yg penting.. menjadi permulaan.. kita kena yakinkan emak ayah barulah dia yakin dengan diri kita...

Ali : emmm..tengoklah nnti tapi kau cam ne pula dulu yek, nak beritahu..

Abu : org cam kita ni susah.. tengok rijal n group2 dia tu, cam senang je...senyap2 je terus dapat kad jemputan.. org cam kita ni bercinta punyalah bertahun tapi..

Ni kisah benar semasa kami bercuti di terengganu n kelantan. Aku hanya mendengar sambil menikmati makanan. Kami baru balik dari rumah kawan Ali. Itu pun singgah sebentar. Kami dari Kota baharu nak ke Besut. Dah lapar katakan. Dalam kereta aku berfkir panjang tentang perbincangan tadi. BILA KITA BERJUANG DI JALAN ALLAH, ALLAH AKAN MEMBANTU KITA DALAM SEMUA ASPEK, KEHIDUPAN KITA JADI LUAS, DUNIA AKAN TUNDUK PADA KITA. SEMUA DENGAN IZIN ALLAH.. bak kata pepatah : Susah2 daHulu BerSenang2 kemudian...

Last week, aku dan rakan ke klate n ganu.. tujuan utama ialah melawat kawan kahwin iaitu ateh.Timbul kejelesan bila tengok kawan kahwin. Rijal pun nak kahwin juga. Sebagai kawan bangga kita..heheh.. Bilalah aku nak kahwin pula? sekian..

CEPAT LAMBAT SESUATU ITU
MEMBAWA KEBERKATAN KEPADA KITA
KITA ADALAH SEORANG HAMBA
PENCIPTA LEBIH MENGETAHUI YG TERBAIK...