Friday, December 18, 2009

Salam Maalhijrah 1431

Salam..

lama tak menulis. Tak tahu nak mula cam ne. Lama tak menulis bukan kerna tiada idea tapi kerna tak sesuai kot atau masa yg tidak mengizinkan. Alhamdulilah kerja berjalan dgn lancar. Penat kerja berbaloi dgn gaji dan pengalaman. Pernah kerja sampai kol 10 malam. Dah macam gila dibuatnya. Sabar jelah.. Disini aku nak ucap selamat Maalhijrah kepada semua org islam terutama keluarga, sahabat2 dan sesiapa yg mengenali aku. Nasib baik sempat baca doa akhir dan awal tahun. Sebenarnya aku tersilap tarikh dan hari. Aku ingat hari jumaat. Rupanya khamis. Nasib baik pian beritahu. Kalau tidak terlepas aku. Rugi2. Inilah akibatnya asyik ingt bola je. Aku ni minat gila tengok bola, main kurang. Perlawanan malaysia Vs vietnam start kul 6, aku dan stnday kat depan tv kul 5.15 lepas habis kerja. heheh.. biasalah bukan senang nak tengok malaysia main kat final. Aku berharap semua warga malaysia sempat baca doa akhir dan awal tahu. Jgnlah kerna bola semua perkara ditinggalkan. Dan tahniah kepada pasukan malaysia yang menang. walau pun aku tak sempat tengok live tapi kemenangan tetap aku rasai. Aku dapat kedua2nya.

Budak baru dah nak masuk. Bila dapat cuti dua hari, puas rasanya. Bukan senang nak dapat cuti. Apa lagi menghabiskan dengn tengok movie, tidur dan jalan2 pusing hulu bernam dan tanjong malim. Insyallah aku kerja sampai akhir bulan ni je. Ada 2 minggu lagi nak bersma2 famly sebelum pratikum. Apakah aku sudah bersedia? entahlah. Cuti dah nak habis tapi apakah aku penuhi dengan perkara yg berfaedah. Kepada sahabat2 semua semoga cuti ni mendapatkan berjuta2 kebaikan. Disini aku nak kongsi sebuah habis berkaitan bulan muharan.

Daripada Hafsah R.A berkata :" empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W : Puasa pada hari Asyura, sepuluh hari dalam bulan zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." ( Hadith riwayat an-Nasai )

oklah. ini jelah yg mampu aku garap buat masa ini. wassalam..

#tahniah buat upi dan sasi coz dapat sambung master tajaan upsi. aku pun nak juga. chaiyok2..huhu

2 comments: