Monday, July 27, 2009

SebaiK2 cipTaan aDalah WaniTa...

salam..

Baru lepas solat.. terasa nak menaip pula.. lama tak jumpa famly. rindu sangat.. harap famly sihat semuanya.. malam tadi ada kuliah ganti.. lepas kuliah terus masuk meeting Biro Perpaduan dan Integrasi.. Lama tak masuk meeting. teringat masa jadi JMK dulu.. hehheh.. harap semua sahabat JMK sihat dan dibawah keredhaan Allah..

Wanita : itulah yg tajuk aku kali ni. kehidupan aku tak pernah sunyi dari insan bergelar wanita.. seingat2 aku, aku pernah "bercinta" sebanyak 4 kali. yg pertama kat sek teknik. still berhubung..
apa yg aku merepet ni, bukan ni yg aku nak tulis.. semua ni dah jadi kenangan dan sejarah yg mematangkan aku.. aku nak tulis " Hikmat di sebalik Aurat Wanita"

Seorang sarjana Sunni, Mohammad Akram Nadwi, mengumpulkan biografi 8,000 ahli perundangan wanita manakala orientalis Ignaz Goldziher menganggarkan 15 peratus ulama hadis abad pertengahan adalah wanita. Ini semua menunjukkan keupayaan wanita. Namun, dalam beberapa perkara, umpamanya dalam berpakaian dan berfesyen, wanita harus memilih genre pakaian digemari, namun perlu disesuaikan dengan tempatnya.

Ulama termasyhur, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, berkata Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat, nipis atau boleh menggambarkan bentuk badan selain menampakkan apa di sebalik pakaian itu. Menurutnya, Islam juga mengharamkan pakaian yang menelanjangkan setengah badan, khususnya tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki asing.

Beliau memetik hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya (iaitu penguasa yang kejam) dan wanita-wanita berpakaian separuh bogel, yang menarik orang melakukan maksiat, di samping dia sendiri melakukan maksiat pula, kepalanya meninggi lonjong seperti bonjol unta, mereka ini tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian..." (Riwayat Muslim).

Wanita bukan saja perlu memastikan pakaiannya menutup aurat apabila di khalayak, tetapi juga mengenakan pakaian yang dikhususkan untuk mereka. Rasulullah mengisytiharkan, antara yang dilarang atas wanita untuk memakai pakaian lelaki, sebagaimana dilarang ke atas lelaki memakai pakaian wanita. (Maksud dari hadis diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Hakim).

Selain itu, dalam perkara wangian, Wanita dibenarkan memakai wangi-wangian, tetapi mereka dilarang menggunakan untuk menggoda dan menaikkan semangat nafsu syahwat lelaki lain, selain suaminya. Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Sesiapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, lalu melewati tempat kaum lelaki supaya mereka dapat mencium bau wangiannya , maka dia itu adalah penzina dan setiap mata yang memandang itu pun penzina." (Riwayat Nasa'i, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

itu jelah yg mampu aku garap malam ni.. mata dah terasa mengantuk.. aku tak boleh hidup tanpa wanita di sisi.. kursus kahwin dah ambil.. calon belum ada.. tak dapat dinafikan aku amat risau tentang teman hidup. Siapakah dia? Di mana dia? Cam ne rupa dia?.. kenapa aku risau.. aku risau kerna aku akan hidup dgn dia sampai mati. dari dia akan lahir zuriat aku.. zuriat yg akan menyambung perjuangan aku.. hehehe

Jom Tidur..
nak mimpi indah malam ni..

No comments:

Post a Comment