Friday, September 11, 2009

Di Uji di Akhir RamaDhan...



Salam...

Lama tak menulis. Entahlah kenapa.. nak kata tak sempat, tidak kerana semua manusia dikurniakan 24 jam sehari. Apa khbar semua? harap semua sihat dan sentiasa dikurniakan kekuatan utk menghadapi hari2 mendatang. Lama tak menulis menyebabkan banyak prkara yang terlintas utk ditulis. hehheh.. banyak perkara berlaku.. Aku sekarang tengah deman. Dah 3 hari. Mybe kena hujan hari tu. Degil nak main hujan. Demam merupakan satu ujian dan rahmat Allah kepada hamba-Nya. Deman kan boleh menghapuskan dosa2 kecil. Lagipun demam ini akan menyedarkan aku, supaya tak leka dan main je. hehehh..Alhamdulillah sekarang dah ok sikit. Dah 3 hari tidur kat umh kawan kat taman Malim. saja2 je. Lagi pun dah sem 7 ni. Bila lagi nak bersama kawan2. kawn2 ni semua budak Cos aku. Yang penting dalam umh ni ada senior sem lepas yang dapat anugerah canselor masa konvo baru ni. Bukan senang nak jumpa n kenal senior cam tu. Boleh dengar kisah dia sampai membolehkan dia berjaya. Ramadhan kali ini aku dan apai ( hafiz) , terawikh kat cam2 tempat. Saja nak rasa temapat org. Mybe ini kali terakhir terawikh kat tanjog Malim. Tahun depan masing2 dengan tempat masing. Kejap je masa dah berlalu.

Baru-baru ni aku buka pose kat Dusun Bay dengan kawan. Kawan perempuan tu. Yang istemewanya. buka pose dgn akak n abang ipar dia. kenapa istemewa bagi aku ialah ini kali pertama buka pose dgn perempuan yang buka famly aku. Mula2 segan n takut juga.Tapi kalau dah bab makan, aku ni laju je. hehheh.. hilang malu.. Kawan tu antara kawan baik aku kay UPSI. Sem ni last jumpa dia, sedih. Dia antara perempuan yang aku kagum. Bagi aku dia Wanita bukan perempuan. selain itu, dalam tidak menulis ini, aku banyak siapkan asgmnt. Biasalah dah cuti ni. Alhamdulllah semua ok. Thanks my group. Naik cuti ada asgmnt lagi. Asgmnt oh asgmnt...

Sekarang ini still kecoh pasal lembu dan karkita. Aku just nak kongsi pasal kartika je. Kerna ia berkaitan Islam dan Undang2. Sebenarnya, kes ini bukan kali pertama di Malaysia. Entahlah kenapa ia dikatakan pertama. Mybe bermotifkan politik kot. Aku dpat tahu dari satu blog. Sebelum ni, terdapat kes yang hampir serupa. Di kelantan , 6 org pernah di sebat. Just semuanya lelaki. Bahkan di Johor, pernah mahkamah syariah menjatuhkan hukuman yang sma just pesalah merayu. Bagi kes kartika, dia pun boleh merayu just dia tak nak. Kenapa? hanya Allah yang tahu. Hakim yang menjatuhkan hukuman kepada kartika juga pernah menjatuhkan hukuman yang sama kepada 2 beradik. Maka tohmahan sebelum ni adalah tidak benar. Just isu ini diperbesar2 kan untk memperlihatkan mahkamah syariah tidak bertimbang rasa. Lagi pun kes ini melibatkan kaum Hawa. Maka ramai nak jadi " Hero". Bagi aku, ada hikmat semua yang terjadi ini. Bila berlaku perkara cam ni, baru nampak kelemahan dan ketidakupayaan mahkamah syariah dalam mempertahankan hukum mereka. Ketidakkebalan mahkamah syariah perlu di atasi agar tiada pihak yang berani melawannya. Dengan itu, para penyokong syariah bolehlah membaiki kelemahan yang ada. Satu lagi, boleh lihat dan kenal pihak2 yang menolak hukuman syariah. Maka tahulah kita mana kawan mana lawan.

Next week tinggal ada 3 je kuliah. N then cuti seminggu raya. Tapi ramai dah balik terutama budak sabah n sarawak. kawan aku, Rimas balik semalam. Dia budak sarawak. Alang2 balik biar lama sikit. Duit tu. Kulaih pontenglah. Ala baru sekali tak datang. Yang penting masuk exam juga. hehhhe... Cuti raya ini, dapatlah jumpa sedara2 yang dah lama tak jumpa. Apalah khbar diorang semua.. hehehhe.. oklah.. ini je kot yang aku mampu tulis..
Wassalam..

* maaf cos masih tak sempat tulis pasal akak long aku. gambr yang sesuai takde.
nanti kan ya.. dah nak raya.. heheheh..

No comments:

Post a Comment