Sunday, September 13, 2009

OOO.....BaliK kampUng

Align Center


Salam...

Aku tak boleh nak tidur. Petang n malam ni ada kuliah. Mesti agak letih. Biasalah hujung2 ramadhan ni. Sekarang kolej dah agak sunyi. Ramai yang dh balik. Housemate dah ada yang balik. Malam ni, wan balik kedah. Aku juga yang lewat. Hari khamis baru balik. heheheh... Walaupun lewat balik tapi balik juga. Ada yang tidak balik raya dgn famly. Kebanyakkan yang tidak balik budak sabah n sarawak. Kesian diorang. Nak balik, cosnya mahal. Besar sungguh pengorbanan mereka.. pose kali ini , pose terakhir aku kat upsi. Tadi masa beli makanan kat sahur, kawan cakap dia sedih cos pose tahun depan dh tak bersama2. Masing2 dengan haluan sendiri. Sayup je mendengar dia membebel sorang2. Tapi biasalah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Ni nasihat aku kepada semua, hati semasa memandu balik kampung. Sayangi nyawa anda. Keluarga anda menanti kepulangan anda. Jgn main mercun n meriam tanpa kawalan orang dewasa. Kalau tak main mercun tak meriahlah raya. heheheh.. Raya kan setahun sekali. Aku pun masa kecil2 selalu main mercun. Sanggup simpan duit belanja sekolah semata2 nak beli mercun. Mak ayah tak tahu. Tahu2 dan berdentum-dentum je. hehhheh... Apa lagi kena marahlah. Lepas habis kena marah main lagi. Ala biasalah budak2 namanya. Sekarang adik aku yang paling kecil ikut perangai aku. Hari tu balik umah, tengok dia dah stanby mercum. Awal dah beli. Mak ayah tak tahu tu. Aku senyap je. Aku pun nak main juga. hehheheh.. Nasihat aku seterusnya, raya nnti jagn makan banyak2. Nanti mabuk kuih raya. heheh.. oklah.. nak rehat.. bye..
Wassalam..



No comments:

Post a Comment