Sunday, November 15, 2009

MeMbedah Filem : Ketika Cinta Bertasbih..


Salam...

Alhamdulilah habis juga tengok cerita KCB. Biasalah tengok sikit2. Mahu 4 hari habis. Bagi aku cerita ini agak menarik. Untuk pengetahuan semua, aku hanya membaca novel KCB ke-2, yg 1 aku tak baca. Tak tahu kenapa. Daripada cerita ini aku tertarik kat syarat yang Ana bagi semasa menerima pinangan Furqan. Ini kali pertama aku dengar tentang itu. Bagus juga syarat yang di bagi Ana. Agar lelaki lebih yakin dan betul2 memikul tanggungjawab sebagai suami. Yang kedua aku suka kat cerita ini ialah pelakon wanitanya semua cantik2 belaka. Yang lelaki gantang2. hehehh.. Tahniah kepada produksi kerana berjaya menghasilkan cerita berunsur dakwah ( bagi akulah ). Dan perkara yang aku paling terharu dan teruja ialah kaedah pemilihan pelokan KCB. Siap buat pertandingan tu cam AF. Ia memberi peluang kepada semua org utk mencuba tidak kira artis atau org biasa. So pelakon KCB ini adalah dari kalangan pilihan peminat. Inilah yang dinamakan kualiti bukan kuantiti. Filem kat Malaysia berlambak2 tapi kualiti takde. Kan bagus kalau dibuka kepada rakyat malaysia, aku nak try juga. Mana tahu dapat jadi artis dakwah. heheh. Tak sabar nak tunggu KCB yang kedua. oklah. Fikir2kan. Selamat menonton..
Wassalam..

#kenapa malaysia tak buat filem cam ni?
kecewa rasa hati.. Malaysia kan negara islam..
ehhehe.. Mampu ke aku jadi seperti azzam..

2 comments:

  1. Ana mengimpikan untuk adanya akademi lakonan berunsur Islam di Malaysia satu hari nanti. Insya Allah

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. kita tukar kerajaanlah..
    heheh

    ReplyDelete