Friday, November 6, 2009

Aku Vs " Rindu Bau Pohon Tin "


Salam..

Baru habis 2 paper. Ada 3 paper lagi. Aku last exam 12 haribulan.. Dalam musim2 exam ni, sempat juga aku menghabiskan beberapa buku. Antaranya, Novel Sejarah Islam : Umar Al- Khattab, Obama : Antara Islam, Isreal dan Amerika dan Rindu Bau Pohon Tin. Aku memang suka membaca. Dalam satu sem rasa2nya dalam rm200 -rm300 habis. Cam2 jenis buku aku baca. Ada sukan, agama dan isu2 semasa. Just kali ini aku ingin berkongsi sesuatu. Bila kita membaca, insyaAllah ilmu kita akan bertambah. Rajin2lah membaca. IQRA' merupakan ayat Quran pertama turun. Ini menunjukkan bertapa penting membaca.

"Rindu Bau Pohon Tin" mendatangkan kes mendalam pada jiwa aku. Buku tulisan Ustaz Hasrizal ini membawa kita kepada pengembaraan pengajian ustaz hasrizal semasa di Jordan. Selepas puas membelek2 buku tersebut aku tertarik kepada 2 perkara yang di garap. Yang pertama ialah bekalan kembara diri untuk ustaz hasrizal daripada ustaz beliau. Bekalan tersebut ialah sepotong ayat Quran.

" Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukminin itu pergi semuanya ( ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga."
( Al-Taubah 9 ; 122 )

Ayat ini membuatkan aku terfikir. Kadang2 manusia hanya bersemangat bercakap tentang perjuangan tanpa memikirkan generasi akan datang. Generasi muda perlulah di beri peluang menuntut ilmu agar menjadi ilmuan kelak. Mereka adalah penyambung perjuangan kita. Bekerjalah dijalan Allah dengan semangat dan Ilmu. Setiap manusia mempunyai bahagian masing-masing dalam berjuang di jalan Allah. Fikirlah dimana anda boleh menyumbang tenaga dan masa untuk agama. Yang penting anda menyumbang sesuatu walau sekecil mana pun.

Perkara kedua yang aku tertarik adalah situasi yang dialami oleh Ustaz hasrizal. Situasi tersebut hampir sama dengan apa yang berlaku di tempat aku menuntut ilmu, UPSI. Dulu upsi amat bangga dengan pelajarnya yang berhemah dan berakhlak. Mungkin ada yang brmasalah tapi tidaklah seperti sekarang. Aku pernah dengar, dulu ada pelajar upsi jadi iman di masjid sekitar tanjong malim. Hubungan antara pelajar dengan penduduk sekitar amat baik. Pelajar dipandang mulia dan tinggi. Penduduk sekitar amat tertarik dan menganjung akhlak pelajar upsi. Ada yang dijadikan menantu. Kini semua dah berudah. Masyrakat mula memandang serong kepada pelajar upsi. kadang2 aku malu bila berbual dengan masyarakat tempatan apabila ada yang menceritakan beberapa kejadian yang melibatkan pelajar upsi. Situasi ini juga berlaku pada Ustaz Hasrizal. Kenapa perkara ni berlaku? Apakah kerna perubahan zaman menyebabkan masyarakat juga berubah. Entahlah.. walau bagaimanapun, seperti kata ustaz Taib Azamudin, semua yang berlaku kerna kesilapan kita sendiri. Jangan menuding jari pada pihak lain. Musnahnya alam kerna Islam semakin teruk. Fikir2kanlah.. anda buat anda tanggung. Tapi masyarakat juga menerima kesan. Maka tanggungjawab dakwah dan islam adalah tanggungjawab semua orang islam. Jatuh bangun islam adalah kerna umatnya. Oklah.. dah panjang rasanya.. heheh..
Wassalam..

* malam ni g tengok final piala malaysia d bukit jalil, klanten VS N 9..
aku cuba jadikan ustaz hasrizal sebagai mentor dlm mendirikan "masjid'..
mampukan aku? wait n seelah..hheheh

Friday, October 30, 2009

Selamat UlaNgKaji dan ExAm...



Salam..

Di sini saya ingat mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan exam kat semua budak2 upsi khasnya kawan2 yang banyak membantu. Tk lupa juga kepada semua tak kira dimana anda berada yang penting anda nak exam. hehehhe.. so saya minta maaflah ye kat kawan2 semua. Semoga kita semua berjaya dunia n akhirat. Mak ayah doakan kejayaan anak mu diperantauan ni. heheh. Yang penting usaha betul2 disertakan dengan doa dan tawakal kepada penCIPTA. Sesunggunhnya DIA Maha mengetahui setiap perkara. Dia yang mendatangkan ilham dan pemudah cara. Walaupun kadang2 kita kerap lupa pada-Nya diwaktu senang dan selesa tetapi jagn malu dan segan meminta sekarang. Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. Menjadi lumrah manusia akan lupa apabila senang dan ingat apabila susah. So mintalah kerana Allah amat suka org yang meminta pada-Nya. Apa2 pun cubalah kita istiqamah dengan amal kita. Ingat Allah tidak kira apa jua keadaan. Itulah yang lebih baik. Oklah. Good luck semua. Jaga kesihatan masa nak exam ni. Wassalam.

Sunday, October 25, 2009

ADik AnGkaT..



Salam..

Semasa dalam perjalanan balik ke UPSI dari kampung, aku dapat satu mesej. "Abang nak adik angkat tak? Akan ada program adik angkat pada 24 - 26/10 ni. Diorang ada program U antara UPSI dengan USM. Boleh ye? kami perlu student laki lagi. Nanti bagi nama, Ic , No matrik dan Umah ye.. Thanks abang syahir... ". Bila baca msj tu, teringat aku zaman jadi JMK, pernah dua kali ambil adik angkat. Dulu aku cari org sekarang aku pula dicari. Ikut hati nak ambil coz asyik dapat emak n ayah angkat je, sekarang aku pula yang ambil. Namun aku kena tanya roomate dulu, akram. Mana tahu dia ada kerja waktu tu. Tapi dia ok je.. So dapatlah adik angkat.

Nama adik angkat ialah Irfan, tingkatan 2 Sekolah Men Agama Idrisiah, Kuala kangsar. Dia asal Bangi. Anak sulong. Orangnya ok dan peramah. Dia merupakan panel persembahan untuk sekolah dia bagi pertandingan antara sekolah seluruh Perak. Kira powerlah tu.Aku tumpang banggalah.. BI dia power tu. Bagi aku inilah salah satu cabaran yang akan aku hadapi bila mengajar kelak. Entah2 anak murid lebih bagus penguasaan BI diorang. Rupanya dalam umah aku tu, 3 orang trmasuk aku ambil adik angkat. Stanley n Jiden pun ambil. Adik Jiden sekolah Sains Ipoh so aku dapat lihatlah perbezaan budak sekolah sains dengan Agama. Adik stanley, Ukasha satu sekolah dgn Irfan. Kejap je progrma diaorang. Rasa cepat masa berlalu.
Aku doakan diorg semua berjaya. Oklah.. Selamat malam. Wassalam..

# yang dgn aku berdua tu, irfan.. sempat kacau budak pempuan Idrisiah.. hhahha
gembira hati.. Liverpool mng 2-0 kat Man U..
hahhha...

Friday, October 23, 2009

Dari MimBar JUmaaT,,,,

Salam..

Kejap je masa berlalu. Hari ni Jumaat last minggu study. Next Weeek dah stdy week. Hari ni g solat jumaat agak awal dengan motor kawan. Dia balik kampung. khutbah jumaat hari ini agak menarik dan terkini. Mananya tak, kadang2 tajuk khutbah yang tak sesuai pun ada. Bagi akulah. Antara yang aku ingat ialah keindahan bahasa Al Quran. Allah melarang umatnya membuat dosa dan maksiat. Allah sampaikan dengan Al Quran dan Hadith. Kedua2nya menjadi pegangan kita sampai akhir hayat. Dalam Quran ada yang menggunakan bahasa yang berbeza tapi sama dari segi arahan dan pengingatan. Contohnya ialah :

1. Haram
2. Tidak halal
3. Dijauhkan
4. Memudaratkan
5. Jangan hampiri

Semua perkataan di atas membawa maksud yang sama iaitu haram bagi kita melakukannya. Perbezaan bahasa ini tanda keindahan dan keluasa ilmu Allah. Namun ada manusia yang tidak dapat menilainya sehingga membawa kepada kesesatan dalam mentafsirnya. Kadang2 perkara ini terjadi kerna meletakan urusan itu bukan pada tempatnya. Mimbar juga mengingatkan bahawa haram tu terbahagi kepada dua ( yang aku ingatlah). Perkara tersebut ialah :

1. Haram pada zatnya
Bermaksud memang jelas haramnya iaitu dari semua aspek seperti zina, mencuri dan membunuh.

2. Halal pada mulanya tapi menjadi haram.
Bermaksud perkara itu halal pada hukum asal tapi menjadi haram kerna sesuatu perkara. Antaranya membeli selepas azan jumaat. Hukum asal membeli halal tapi menjadi haram kerna berjual beli masa jumaat. ( perkara baru yang aku baru dengar). Contoh lain ialah sedekah dengan hasil mencuri.

Ini jelah aku ingt. Biasalah khutbah jumaat ni, kadang2 celik, kadang pejam. Ada je dugaan. Dugaan paling besar ialah mengantuk sehingga kadang2 aku tertidur. Oklah. Selamat Malam. Wassalam.

# pada waktu ni, angah tengak operation kat Hospital Muar. Dah 3 hari dia kat Hospital. Kalau keadaaan tidak mengizinkan, insyaAllah aku nak balik melawat. Aku tahu pun Hamid yang beritahu. Aku doakan dia selamat dan cepat sihat. Berat sungguh ujian dia dan sekeluarga. Pasti ada hikmah.

Wednesday, October 21, 2009

Pra-Graduasi kat LanGkaWi....














Salam...

Menjadi kebiasaan mana2 student yang nak konvo akan mengadakan pra graduasi untk batch masing2. Ada yang buat kat Hotel makan2 dan kat tempat pelancongan. Apa tujuan pra graduasi yang sebenarnya, aku tak tahu. Yang aku faham dan tahulah, ia utk kenang-kenangan untk kita semua selepas 4 tahun bersama. Kiranya program terakhir bersama2lah. Alhamdulilah semua batch aku pergi. Biasalah ada 40 orang je. So agak mudah nak kumpul dan buat program. Kami buat kat langkawi pada 2-4 oktober 2009. Semuanya berjalan dengan lancar. Oklah. Aku letak gambar kami kat langkawi sebagai ganti kata2. Layan je ye.. Wassalam..

Tuesday, October 20, 2009

Ahli KeLuarGa berTambah Lagi...

Salam..



Alhamdulilah. Kak long selamat melahirkan baby baru. Baby tu lelaki. Beratnya 3.3 kg. Emak kata agak besar baby tu. Aku cukup gembira. Sekarang aku dah ada 2 anak sedara. Dua2 lelaki, so boleh jadi kawan sepermainan. heheh. Nama anak sedara aku yang pertama Aisy Wafy. Yang baru ni IMAN WAEZ BIN LUKMAN. Mula2 aku pelik juga dengar namanya. Biasalah agak asing tapi aku percaya namanya sesuai dengannya. Biasalah emak ayah weaz kan pandai bahasa arab. untung2 orng yang pandai bahasa arab ni. Nanti aku nak bagi nama apa yek kat anak?.. Waez selamat dilahirkan pada pukul 9.58 pagi, Isnin 12 .10. 2009. Aku doakan Waez cepat besar dan menjadi anak yang soleh. Nanti kita main2 sama2 ye..

Dengan kelahiran waez, famly aku makin besar. Sekarang dah12 orang. Baru 3 minggu lepas tambah abg ngah. Sekarang tambah waez pula. Semoga bertambah makmur dan bahagia serta sejahtera semuanya. Di bawah ni gambar terbaru akak n abg ngah. Semakin bahagia dan bertambah ceria mereka.. oklah.. Wassalam

.

Tuesday, October 13, 2009

Walimatul Urus....












Salam..

Gambar diatas adalah majlis utk kak ngah. Bukan aku ye.. hehehe . Majlis diadakan secara sederhana je. Walau bagaimanapu tetap meriah. Ramai sanak saudara datang. Abg ngah org dekat tempat aku juga. Di sini aku mendoakan kebahagian akak dan abg ngah sehingga akhir hayat dan berjaya dunia akhirat. insyaAllah lepas ni aku pula. Emak ayah cakap, anak lelaki buat kecil2 je. Aku tak kisah pun. Save bajet. hehehe. Yang penting dapat kahwin. hehehe. Tunggu dan lihat ye.. Wassalam.

* maaf lambat ye