Sunday, October 25, 2009

ADik AnGkaT..



Salam..

Semasa dalam perjalanan balik ke UPSI dari kampung, aku dapat satu mesej. "Abang nak adik angkat tak? Akan ada program adik angkat pada 24 - 26/10 ni. Diorang ada program U antara UPSI dengan USM. Boleh ye? kami perlu student laki lagi. Nanti bagi nama, Ic , No matrik dan Umah ye.. Thanks abang syahir... ". Bila baca msj tu, teringat aku zaman jadi JMK, pernah dua kali ambil adik angkat. Dulu aku cari org sekarang aku pula dicari. Ikut hati nak ambil coz asyik dapat emak n ayah angkat je, sekarang aku pula yang ambil. Namun aku kena tanya roomate dulu, akram. Mana tahu dia ada kerja waktu tu. Tapi dia ok je.. So dapatlah adik angkat.

Nama adik angkat ialah Irfan, tingkatan 2 Sekolah Men Agama Idrisiah, Kuala kangsar. Dia asal Bangi. Anak sulong. Orangnya ok dan peramah. Dia merupakan panel persembahan untuk sekolah dia bagi pertandingan antara sekolah seluruh Perak. Kira powerlah tu.Aku tumpang banggalah.. BI dia power tu. Bagi aku inilah salah satu cabaran yang akan aku hadapi bila mengajar kelak. Entah2 anak murid lebih bagus penguasaan BI diorang. Rupanya dalam umah aku tu, 3 orang trmasuk aku ambil adik angkat. Stanley n Jiden pun ambil. Adik Jiden sekolah Sains Ipoh so aku dapat lihatlah perbezaan budak sekolah sains dengan Agama. Adik stanley, Ukasha satu sekolah dgn Irfan. Kejap je progrma diaorang. Rasa cepat masa berlalu.
Aku doakan diorg semua berjaya. Oklah.. Selamat malam. Wassalam..

# yang dgn aku berdua tu, irfan.. sempat kacau budak pempuan Idrisiah.. hhahha
gembira hati.. Liverpool mng 2-0 kat Man U..
hahhha...

1 comment: