Tuesday, October 6, 2009

Minggu yang meMenatkan...




Salam..

Lama tak menulis. Semua kerna jadual yang agak padat. Selepas balik raya, aku kena siapkan tugasan. Ada yang nak hantar ada yang nak kena bentang. Aku terkejar2 dari umah kat kolej dengan umah kawan kat Taman Bernam dan Taman Segar. Biasalah bila tugasan group akulah yang kena pergi Umah kawan. Semua kawan aku tinggal kat umah sewa. Aku je yang masih sayang kolej. heheheh.. Sibuk cam ne pun, aku mesti tak tinggal tengok bola..

Weekend aku pergi Langkawi dengan kawan sekuliah. Kitaorang buat malam pra graduet kat sama. Aku kat langkawi 3 hari dari 3 -5 /10. Perjalanan yang sungguh jauh dan memenatkan. Dalam kegembiraan aku di sana, aku dikejutkan dengan berita kemalangan pak cik aku. Akhirnya, dia meninggal pada sabtu pagi. Al Fatihan untuk dia. Allah lebih meyayangi dia. Aku hanya berkongsi dengan sahabat rapat. Aku tak nak merosakan suasana. Aku tak dapat pulang ke rumah. Perjalanan balik ke umh akan mengambil masa lebih kurang 10 jam. Itu pun kalau perjalanan lancar. Kat langkawi aku hanya beli cholate dan ubat gamat. Itu pun kawan tempah dan mak pesan. Dah Hujung nu, poket makin kering. Kenalah jimat2. Sem ni sem akhir aku dengan kawan dan rakan, kejap je masa berjalan.

Minggu ni juga aku banyak bermain dengan hati. Banyak sangat2. Rasanya hampir 4 orang. Ada yang aku terasa dan ada yang buat dua2 terasa. Aku ni pandai ambil hati dan peramah, so banyak yang terasa. Bila perkara ni terjadi, aku berasa bersalah dan tertekan. Mana satu yang betul dan tepat. Entahlah.. Hanya masa dan keberanian aku yang menentukan dalam masa yang sama ketentuan Allah akan menjdi saksi..

Oklah.. Insyallah akan datang aku akan tunjuk gambar majlis perkahwinan akak ngah dan aktiviti aku kat langkawi. Buat masa sekarang masih tak sempat. Aku nak balik kampung hujung minggu ni. Rindu famly. Kepenatan dan kelam kabut aku menyebabkan aku leka dan kadang2 lalai pada PenCIpta. Aku sentiasa ingat pesan Mak Ayah, Walau bagaimana sibuk kita, Allah jangan lupa. Yang penting jaga Solat dan Al Quran jangan tinggal. Lagipun itu kan warisan Rasulallah kepada Umatnya. Semoga aku dapat mengembalikan jadual harian ku.. Aku hanya insan yang lemah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment