Tuesday, October 6, 2009

Fitnah di Hujung CameRa...



Salam..

Bila dah menulis, rasa banyak pula masa. Tangan asyik nak menaip je. Just kali ni di kesempatan ni aku nak menulis perkara yang lebih ilmiah. Baru2 ni aku ada beli Majalah I. Aku tertarik dengan penulis ustaz Hasrizal. Tajuknya berbunyi " Fitnah di hujung Lensa". Tulisan beliau ni juga ada dalam post terbaru dalam blog beliau. Ustaz Hasrizal aku pernah jumpa dan jemput masa Hari Terbuka Kolej ( KHAT 09). Beliau diundang untuk forum yang bertajuk " Berpaut pada dahan cinta". Yang uruskan forum tu akulah..hehheh.. So sempatlah berkenalan dan berhubung dengan ustaz. Lepas hp hilang, terputus hubungan dengan ustaz.

Di atas saya ada letak 3 gambar yang berlainan. Walaupun hanya 3 gambar tapi ia boleh mendapatkan berjuta2 andaian dan tafsiran. Semua ni kerna manusia berbeza sudut pandangan dan pemahaman. Bercakap tentang gambar dan tafsirnya, saya teringat pada tajuk penulisan ustaz Hasrizal, ia membuat aku terfikir panjang. Benar belaka penulisan ustaz. Bercakap pasal gambar, ianya tidak salah tapi biarlah berpada2. Banyak perkara boleh berlaku dengan sebab gambar je. Fitnah dan salah tafsir boleh berlaku serta boleh menyebabkan salah faham. Aku pun banyak buat silap tentang gambar. Aku pernah ambil gambar dengan artis perempuan, Pramugari Airasia dan banyak perempuan2 lain. Ada yang siap bersentuhan. Entahlah, niat yang baik tapi tersilap caranya. Banyak kemaksiatan akan kita lihat apabila bergambar atau pada gambar. Lelaki perempuan tanpa segan silu bergambar berdua2an. Kadang2 macam nak berpeluk. Dan kita tersilap pada gambar terutama perempuan. Ada yang membenarkan gambar mereka dilihat oleh lelaki pada hal gambar itu kadang kala tidak menutup aurat. Perkara ni banyak berlaku akibat kecuaian dan kefahaman yang salah. Perkara cam ni kita kurang ambil berat dan perhatian. Antara alasan yang biasa didengar ialah " Ala kan gambar je", " Nikan nak buat kenangan, apa salahnya" dan banyak lagi. Sedarlah, kita yang salah bukan gambar tu.

Sama2lah kita fikirkan. Hendak maklumat lanjut penulisan Ustaz Hasrizal dapatkan majalah I dan layari blog Ustaz. Apa yang saya tulis ini hanya ingat untuk diri saya dan pembaca. Semoga kita dapat hidayah dan keredhaan dari-Nya. Kita perlu sentiasa Mencari yang terbaik utk diri kita dan masyarakat. Kehidupan kita mestilah diselarikan dan berpandukan agama. Insyallah kita akan selamat dunia akhirat.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment