Friday, October 23, 2009

Dari MimBar JUmaaT,,,,

Salam..

Kejap je masa berlalu. Hari ni Jumaat last minggu study. Next Weeek dah stdy week. Hari ni g solat jumaat agak awal dengan motor kawan. Dia balik kampung. khutbah jumaat hari ini agak menarik dan terkini. Mananya tak, kadang2 tajuk khutbah yang tak sesuai pun ada. Bagi akulah. Antara yang aku ingat ialah keindahan bahasa Al Quran. Allah melarang umatnya membuat dosa dan maksiat. Allah sampaikan dengan Al Quran dan Hadith. Kedua2nya menjadi pegangan kita sampai akhir hayat. Dalam Quran ada yang menggunakan bahasa yang berbeza tapi sama dari segi arahan dan pengingatan. Contohnya ialah :

1. Haram
2. Tidak halal
3. Dijauhkan
4. Memudaratkan
5. Jangan hampiri

Semua perkataan di atas membawa maksud yang sama iaitu haram bagi kita melakukannya. Perbezaan bahasa ini tanda keindahan dan keluasa ilmu Allah. Namun ada manusia yang tidak dapat menilainya sehingga membawa kepada kesesatan dalam mentafsirnya. Kadang2 perkara ini terjadi kerna meletakan urusan itu bukan pada tempatnya. Mimbar juga mengingatkan bahawa haram tu terbahagi kepada dua ( yang aku ingatlah). Perkara tersebut ialah :

1. Haram pada zatnya
Bermaksud memang jelas haramnya iaitu dari semua aspek seperti zina, mencuri dan membunuh.

2. Halal pada mulanya tapi menjadi haram.
Bermaksud perkara itu halal pada hukum asal tapi menjadi haram kerna sesuatu perkara. Antaranya membeli selepas azan jumaat. Hukum asal membeli halal tapi menjadi haram kerna berjual beli masa jumaat. ( perkara baru yang aku baru dengar). Contoh lain ialah sedekah dengan hasil mencuri.

Ini jelah aku ingt. Biasalah khutbah jumaat ni, kadang2 celik, kadang pejam. Ada je dugaan. Dugaan paling besar ialah mengantuk sehingga kadang2 aku tertidur. Oklah. Selamat Malam. Wassalam.

# pada waktu ni, angah tengak operation kat Hospital Muar. Dah 3 hari dia kat Hospital. Kalau keadaaan tidak mengizinkan, insyaAllah aku nak balik melawat. Aku tahu pun Hamid yang beritahu. Aku doakan dia selamat dan cepat sihat. Berat sungguh ujian dia dan sekeluarga. Pasti ada hikmah.

No comments:

Post a Comment