Monday, August 31, 2009

Emak dan AyaH aku..

Salam...

Selamat pagi semua. Aku menulis lagi. Alhamdulilah solat subuh kat surau. Jemaah semakin kurang tidak seperti awal2 pose. Biasalah tu... Pagi ini kita dikejutkan dengan kenaikan minyak. Entahlah aku pun tak faham. Minyak asyik naik je tahun ni walaupun aku tahu Malaysia antara pengeluar minyak dan Kita ada Petrones yang mencatatkan keuntungan berbilion setahun. Selain isu minyak, sekarang tengah hangat dan panas dengan isu kartina dengan sebatannya. Kata Malaysia negara Islam, so sepatutnya tak jadi isu. Isu lain ialah bantahan penbinaan kuil oleh penduduk seksyen 23 dengan kepala lembut. Isu ini yang amat aku geram dan kecewa. Entah apa punya kepala diorang ni pun aku tak tahu. Perkara cam ni boleh menggugat keamanan dan ketenteraman kita semua. Fikirlah sebelum bertindak. Malu aku sebagai umat Islam. Perbuatan diorang memalukan Islam sahaja. Harap perkara ini dapat selesai dengan baik. Ini antara yang berlaku disekeliling kita. Kita kena ambil tahu sebagai rakyat dan umat Islam. Sebenarnya nak tulis tentang emak dan ayah...


Inilah emak dan ayah aku. Ayah aku cikgu. Aku pula bakal cikgu. Garang orgnya tapi cool je. Tak banyak cakap tapi bila cakap menyusuk kalbu. hehhhe.. Jgn marah he ayah.. Emak aku pula periang je. Emak menjadi perantara antara aku dengan ayah cos aku takut dgn ayah.. Emak banyak sabar dgn perangai aku dari kecil sampai beso ni. Maaf kan saya ye emak ayah. Semoga diberi kesihatan dan kekuatan utk beribadat. Doakan kejayaan anak mu di perantaun ni. hehehe.. oklah. Nak rehat jap. Insyallah kul 8 nak pergi PDK gedangsa. Ada asgmnnt sikit. Lepas ni aku cerita pasal akak long aku pula. Orang yang paling aku banyak bergaduh dan bertekak.. hehhe... tu cerita masih2 kecil dulu..

TUNGGU..
Wassalam..

Saturday, August 29, 2009

Ingin Berkonsi suka2 Je...


Salam..
selamat berpose.. selamat berbuka.. selamat merdeka..
hehehehe...
takde kerja, so mencari kerja..

PeTanG yang penuh harapaN dan BahaGia..


Salam..

Alhamdulilah masih diberi kesempatan menulis dan sama2 menyambut ramadhan kali ini. Hari ini dah 8 hari pose. Tiba2 rasa ingin menulis. Menulis utk melahirkan perasaan dan keluhan diri. Aku hanya mampu mengarapnya sebaik mungkin tapi ia tetap tak sama dengan perkara sebenarnya. Mak apa khbar? Ayah apa Khbr? semua Apa khbr? buat pe.. Harap semua sihat. Agak boringlah kerna cuti banyak sangat. Dari khmis sampai selasa. Ingat nak balik tapi kerja ada. So plan nak siapkan sebelum balik raya. Mengharaplah.. hehehehe... Tapi asyik tangguh kerja je.. Pose kali ni aku buka dan sahur sikit2 je. Nak jaga badan dan kesihatan. Kalau makan banyak nanti letih. Kalau dah letih mesti malas. Kalau malas semua benda tak jadi. Nak tahu tak, dah 3 hari duit takde kerna kad bank rosak. entahlah.. Nak g bank tak sempat dan cuti. Nasib baik ada kawan membantu. Itulah namanya kawan. Thanks ustaz wan.

Pagi tadi lepas sahur kul sahabat baik. Seronok rasanya. Lama tak bual dengan dia. Entah apa mimpinya call pagi. Thanks sabahat. Ingat nak jumpa kerna lama tak jumpa namun apa buat, rezeki takde. Aku sedih sangat kerna ia dah berpunya. Sedih sangat. Mampu senyap dan diam je. Belum masa aku utk "berkawan". Takpelah. Ada hikmat semua ni. Semoga dia selamat sampai umah dan bahagia dengan family. Harap famly dia sihat selalu. Allah uji aku dengan Hati. Ujian hati lebih berat berbandingan ujian lain. Bila aku dapat mendidik hati, insyallah aku akan berjaya dalam hidup.

* sambil2 buat asgmnt dn msj "dia"
sedih dan pilu..



Monday, August 24, 2009

PaGi RamadhaN ke 4...



Salam..

Selamat pagi semua. Hari ini dah masuk 4 hari kita puasa. Alhamdulilah kerna masih diberi kesempatan untuk terus bersama. Rasa kejap je dah 4 hari pose. Alhamdulilah pagi ini solat subuh kat KUO. Dapat jumpa sahabat2 lama. Lama tak jumpa fadiri dan faizol. Rindu kat kawan seangkatan. Setakat ini tidak berkesempatan lagi nak solat terawikh kat KUO. Solat terawikh Kat Kolej amat meriah. Ramai yang solat. Rasanya dalam 1200 org ada. Teringat solat kat kampung. Tak ramai pun. Adalah dalam 25 org itu pun org tua2 je. Inilah antara masalah kat kampung. Orang muda mudi kat U setakat ini alhamdulilah. Apakah kerana kat kampung solat 20 rakaat menyebabkan org tak ramai dapat. Kat kolej solat 8 rakaat. Angka yang besar dilihat berat. Benarkah? sebenarnya tak juga. Hal ini kerna Solat kat kolej habis dalam pukul 9.45 mlm. Kat kampung pun sama. Entahlah. Mybe kerna suasana kot. Bila kat kolej ramai2 turun solat so jadi lebih bersemangat. Aku harap semua ini akan berkekalan apabila muda mudi ini balik ke kampung atau berkelana. Membawa benih2 Islam di mana jua berada. Islam umpama Lilin yang menyinari alam. Menyedari masalah ini , satu kempen akan dijalankan. Kempen GENG KITA. Bukan macam cerita geng upin ipin. Semoga usaha mengembalikan muda mudi kepada Islam akan berjaya.
Stakat ini, aku sahur dengan kawn2. Beli je. kalau kat umh bangun terus makan je. Biaslaah dah siap. kat sini kena sediakan sendiri. namun seronok sahur sama kawan2. Tahun depa dah takde peluang. So hayati masa yang ada. Semalam aku tak masuk kuliah MT. Semua ni gara2 lewat bangun. Apabila dah lewat tak masuk padahal dah sampai kampus. Malu kot. Kawan kata Pensyarah panggil nama aku. Habislah aku. Heheheh.. tertidur punya pasl . Malu rasaya. Apa pun ia memberi aku pengajaran berguna. Jgn dah nak kuliah, nak rehat. Sem ini agak ringan dan lapang namun aku tidak gunakannya dgn sebaik mungkin. Sekatat ini asyik main2 je. Kerja asyik lambat.. Entahlah. Bila lah nak berubah ini. Inysallah ingat nak balik weekend ni cos 31 cuti Merdeka jatuh hari Isnin. Aku selasa takde KUliah. hehheeh.. rindu kat family... Merdekakah kita? oklah. Nak tidur jap. Sedih kerna Liverpool kalah lagi. sedih sedih.......

* tingkat amalan sementara di beri peluang..
seronok buka pose ramai2 kat foyer..

Friday, August 21, 2009

Ku MengHarap-kan RamaDhan kali ini lebih makna..


salam..

Insyallah esok umat Islam akan mula berpose. Samalah dgn aku. Insyallah panjang umur utk ramadhan kali ini. Bagi aku ramadhan kali ini amat lain. Entahlah. Rasa sedih n sayup je. Termasuklah sekarang. Apakah kerna aku banyak dosa. Ya Allah ampunkan aku. Bimbinglah aku ke jalan yang kau redhai. Aku baru baik deman. Nasib baik deman biasa. Takut2 H1N1. Tahun ini rasanya banyak puasa kat kolej dgn kawan. Entahlah esok nak sahur apa.. layan je. Puasa tahun ini, aku free. Dua tahun sebelum ini JMK. So agak banyak kerja. Kerja menyiapkan tempat utk solat terawih n program2 bulan puasa. Tahun ini tak. Cos dah tak jadi JMk. Heheh..


Rindu masa jadi JMk. Banyak perkara yang aku buat utk kawan2. Kepuasan yang teramat. Utk sahabat semua, gunakanlah ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin. Dekatkanlah diri dgn Allah. Sama aku . Antara azam tahun ini ialah :


  1. solat terawih cukup sebulan..
  2. khatam Quran
  3. kuruskan badan. Hehehe.
  4. membaiki diri yang rosak ini.


Itu antara azam aku. Semoga aku berjaya. Doakan ye. Seminggu lepas raya, akak ngah nak khwin. Semoga dia bahagia dunia akhirat. Jelesnya. Aku nak khwin juga. Hahahh.. tapi calon pun takde. Sapalah nak aku. Tahun ini last kat UPSI. Insyallah tahun depan start praktikum. Tahun dpan entah pose kat mana. Malam ini rasa sedih je. Sedih kerana diuji dengan hati. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Ada hikmat ujian ini. Oklah. Nak tidur, dah ngantuk. Tidur agar lupa pada si dia.. rindu kat insane bernama wanita.


* rasa nak deman semula. heheh.. tadi main hujan..


Monday, August 17, 2009

Betul ke Tidak Ni.. Fikir2kan.. Aku Anak Johor

Pengkhianatan Muhiyuddin di Johor

Ini adalah antara JASA Muhyiddin kepada rakyat di Johor:

1. Sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura.Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.Empangan yang dibina setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

2. Kekayaan org Johor-Kakitangan Kategori C,D kerajaan Johor duduk kuarters kerajaan Gred C (Di Jln Kolam Ayer)- kereta dua buah, satu mercedes,satu alphard.

3. Muhyidin yang tukar cuti dari Jumaat kepada Ahad kononya untuk maju. Ini kerana hakikatnya gelagat Kakitangan Kerajaan Johor Hari Jumaat-Lepas baca Al-Quran (9.30am) berdedai pergi makan, kalau nak cam yang bersamping tulah diorang. Pendek kata hari Jumaat ni langsung tidak produktif. Beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?.( Ini aku alami. mula2 Jumaat cuti, sekarang sekolah dah)

4. Isu tanah Melayu yang dirampas UMNO di Kg Plentong Tengah pada tahun 2008. Malang sungguh nasib melayu Plentong Tengah apabila mahkamah menolak rayuan lebih 200 penduduk kampung dari terus menduduki tanah yang telah diduduki semenjak lebih 20 tahun lalu.Untuk mendapatkan tanah itu penduduk bukan saja telah ditipu peguam yang dilantik mereka sebanyak hampir setengah juta ringgit pada tahun-tahun 1989-1993 tetapi juga terpedaya sekali lagi apabila mengeluarkan lebih lapan ratus ribu kepada firma guaman milik Oakfeild Ent ( syarikat yang dikurniakan tanah tersebut).Lebih malang lagi penduduk dipaksa menandatangani akujanji unytuk tunduk pada kehendak mahkamah walau jauh disudut hati mereka menentang keputusan tersebut.Begitu malang

Penghakiman muktamad keputusan : SEMUA RUMAH DIROBOHKAN.
Hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Angkatan Muda Keadilan Johor menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka ada Ahli UMNO menjadi penghianat bangsa sendiri.

4. Kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu. Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu. Aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.
"Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati. sekali nasib insan-insan kecil dalam negara ini.Mereka menjadi umpama durian dengan mentimun.Duit hilang harta habis dan jiwa terus menjadi sengsara tanpa terkira.


lepas baca artikel ini , aku berfikir panjang. Entahlah. Susah nak caya pemimpim sekarang.

semoga kita semua dijauhi bencana dan bala.


* aku demam sekarang. Takut rasanya. Mana tahu kena H1N1. Dah pergi Pusat Kesihatan UPSI. Aku just deman biasa je. Lega. Thanks Doktar..

l

Thursday, August 13, 2009

PerGi Tidak akan Kembali


Salam..

dah lama tak menulis. rasanya lebih seminggu. biasalah sibuk dan takde apa yg nak dituliskan. Lagi 10 hari nak puasa. kejap je masa berlalu. Minggu ini Konvo UPSI. so banyak jumpa kawan2 lah. Rindu kat diorang. Tahun depan aku pula. tak sabar nak mengajar. namun masa konvo banyak perkara antara protes yang dilakukan oleh kawan2 aku. aku pun terlibat sama. Mananya tak ada ke jemput Jakly dan Faisal Tahir. Namun bagi aku bukan diorg yg menjadi isu tapi cara dan pengawal yang lemah dalam mengelakan maksiat. Dalam Islam ada bahagian hiburan tapi tak diikuti. satu lagi yang pelik kenapa pusat Islam dan Pensyarah2 tak mebantah. tapi harap diorg ada usaha dalam perkara ini. perbagai pihak memberi pandanagn dan cadanagn apabila wujud protes. Bantahan dilakukan dgn beredar apabila artis naik ke pentas. Diorg menghadiri majlis pembukaan je. Diorg dngr ucapan pengarah dan VC. Apabila artis naik pentas diorg beredar. Aku pun sama. aku g makan dgn kawn kat saudagar. tolong2 cikit. Yang aku tahu ramai yg hadir so rasanya tak menjejaskan majlis. hhheheeh...

hari ini kita semua dikejutkan dgn berita kematian Ustaz Asri ahli Rabani. aku terkejut dgr berita ini. aku dapat tahu pun apabila baca berita harian. Kalau tidak salah, dua kali aku jumpa dia. Itu pun masa KHAT dan program kolej yang lain. Dia seorg yang senang didekati dan peramah. Pernah masa KHAT, aku di tugaskan menjaga rabani. Ustaz Arsilah yang menegur aku dan mengajak makan sama2. Dia jugalah yang buat membuat lawak keatas aku.. kejap je masalh dah berlalu. semoga Allah mencucuri Rahmat pada arwah.

* kat umh. nak teman akak temuduga kahwin..
balik lagi. jgn jeles..