Tuesday, October 6, 2009

Fitnah di Hujung CameRa...



Salam..

Bila dah menulis, rasa banyak pula masa. Tangan asyik nak menaip je. Just kali ni di kesempatan ni aku nak menulis perkara yang lebih ilmiah. Baru2 ni aku ada beli Majalah I. Aku tertarik dengan penulis ustaz Hasrizal. Tajuknya berbunyi " Fitnah di hujung Lensa". Tulisan beliau ni juga ada dalam post terbaru dalam blog beliau. Ustaz Hasrizal aku pernah jumpa dan jemput masa Hari Terbuka Kolej ( KHAT 09). Beliau diundang untuk forum yang bertajuk " Berpaut pada dahan cinta". Yang uruskan forum tu akulah..hehheh.. So sempatlah berkenalan dan berhubung dengan ustaz. Lepas hp hilang, terputus hubungan dengan ustaz.

Di atas saya ada letak 3 gambar yang berlainan. Walaupun hanya 3 gambar tapi ia boleh mendapatkan berjuta2 andaian dan tafsiran. Semua ni kerna manusia berbeza sudut pandangan dan pemahaman. Bercakap tentang gambar dan tafsirnya, saya teringat pada tajuk penulisan ustaz Hasrizal, ia membuat aku terfikir panjang. Benar belaka penulisan ustaz. Bercakap pasal gambar, ianya tidak salah tapi biarlah berpada2. Banyak perkara boleh berlaku dengan sebab gambar je. Fitnah dan salah tafsir boleh berlaku serta boleh menyebabkan salah faham. Aku pun banyak buat silap tentang gambar. Aku pernah ambil gambar dengan artis perempuan, Pramugari Airasia dan banyak perempuan2 lain. Ada yang siap bersentuhan. Entahlah, niat yang baik tapi tersilap caranya. Banyak kemaksiatan akan kita lihat apabila bergambar atau pada gambar. Lelaki perempuan tanpa segan silu bergambar berdua2an. Kadang2 macam nak berpeluk. Dan kita tersilap pada gambar terutama perempuan. Ada yang membenarkan gambar mereka dilihat oleh lelaki pada hal gambar itu kadang kala tidak menutup aurat. Perkara ni banyak berlaku akibat kecuaian dan kefahaman yang salah. Perkara cam ni kita kurang ambil berat dan perhatian. Antara alasan yang biasa didengar ialah " Ala kan gambar je", " Nikan nak buat kenangan, apa salahnya" dan banyak lagi. Sedarlah, kita yang salah bukan gambar tu.

Sama2lah kita fikirkan. Hendak maklumat lanjut penulisan Ustaz Hasrizal dapatkan majalah I dan layari blog Ustaz. Apa yang saya tulis ini hanya ingat untuk diri saya dan pembaca. Semoga kita dapat hidayah dan keredhaan dari-Nya. Kita perlu sentiasa Mencari yang terbaik utk diri kita dan masyarakat. Kehidupan kita mestilah diselarikan dan berpandukan agama. Insyallah kita akan selamat dunia akhirat.

Wassalam.

Minggu yang meMenatkan...




Salam..

Lama tak menulis. Semua kerna jadual yang agak padat. Selepas balik raya, aku kena siapkan tugasan. Ada yang nak hantar ada yang nak kena bentang. Aku terkejar2 dari umah kat kolej dengan umah kawan kat Taman Bernam dan Taman Segar. Biasalah bila tugasan group akulah yang kena pergi Umah kawan. Semua kawan aku tinggal kat umah sewa. Aku je yang masih sayang kolej. heheheh.. Sibuk cam ne pun, aku mesti tak tinggal tengok bola..

Weekend aku pergi Langkawi dengan kawan sekuliah. Kitaorang buat malam pra graduet kat sama. Aku kat langkawi 3 hari dari 3 -5 /10. Perjalanan yang sungguh jauh dan memenatkan. Dalam kegembiraan aku di sana, aku dikejutkan dengan berita kemalangan pak cik aku. Akhirnya, dia meninggal pada sabtu pagi. Al Fatihan untuk dia. Allah lebih meyayangi dia. Aku hanya berkongsi dengan sahabat rapat. Aku tak nak merosakan suasana. Aku tak dapat pulang ke rumah. Perjalanan balik ke umh akan mengambil masa lebih kurang 10 jam. Itu pun kalau perjalanan lancar. Kat langkawi aku hanya beli cholate dan ubat gamat. Itu pun kawan tempah dan mak pesan. Dah Hujung nu, poket makin kering. Kenalah jimat2. Sem ni sem akhir aku dengan kawan dan rakan, kejap je masa berjalan.

Minggu ni juga aku banyak bermain dengan hati. Banyak sangat2. Rasanya hampir 4 orang. Ada yang aku terasa dan ada yang buat dua2 terasa. Aku ni pandai ambil hati dan peramah, so banyak yang terasa. Bila perkara ni terjadi, aku berasa bersalah dan tertekan. Mana satu yang betul dan tepat. Entahlah.. Hanya masa dan keberanian aku yang menentukan dalam masa yang sama ketentuan Allah akan menjdi saksi..

Oklah.. Insyallah akan datang aku akan tunjuk gambar majlis perkahwinan akak ngah dan aktiviti aku kat langkawi. Buat masa sekarang masih tak sempat. Aku nak balik kampung hujung minggu ni. Rindu famly. Kepenatan dan kelam kabut aku menyebabkan aku leka dan kadang2 lalai pada PenCIpta. Aku sentiasa ingat pesan Mak Ayah, Walau bagaimana sibuk kita, Allah jangan lupa. Yang penting jaga Solat dan Al Quran jangan tinggal. Lagipun itu kan warisan Rasulallah kepada Umatnya. Semoga aku dapat mengembalikan jadual harian ku.. Aku hanya insan yang lemah.

Wassalam

Wednesday, September 30, 2009

Petang yg buat Kita terasa kedil....




Salam...

Hari ni kuliah agak padat. Dari jam 8 hingg 11 n then 2 - 5 petang. Alhamdulilah aku start pose 6 hari ni dengan roomate, Akram. Lepas habis kelas ,terus pulang ke umah. Selepas rehatkan badan jap, terus g solat. Lepas solat terus tengok kartun, One Piece. Lebih kurang jam 6.15, terasa badan bergoyang2. Mula2 ingat kerusi nak patah. Badan terasa goyang2 lagi. Terus terfikir, gempa ke?. Dulu masa tsunami 2006, Kolej aku pun terasa. Itu yang buat aku panik. Terus g balkoni tengok kat luar. Pak Guard n beberapa orang nampak cam panik. Tak lama kemudian dengar pak guard menjerit, turun2. Dalam masa yang sama, housemate aku, adnan juga terasa gegaran. Gegaran terus terasa, aku adnan terus turun bawa. Aku terus jumpa mak kat kampung, Rupanya mak pun rasa gegaran. Kat bawah mula ramai orang, biasalah budak pmpuanlah yang ramai. Yang lelaki reliks je. Ada yang main bola, bersidai2 kat balkoni. Ini antara penyakit masyarakat kita yang tenang kalau tak kena, dah kena baru nak bising dan menyalahkan orang. Kat bawah, jumpa kawan2 dan pegawai2. Masing2 berkongsi cerita.

Apabila berlaku perkara ni, baru terasa kedilnya diri ini. Jika berlaku perkara yang tidak baik, hanya pada Allah aku berserah. Malaysia sudah tak selamat. Selama ini, kita di kata kan bebas dari laluan atau kawasan gempa. Dengan berlaku perkara ni, harap masing2 akan ingat mati. Biasalah denga kemeriahan syawal ni, masing2 lupa dengan tugas hamba. Ramadhan berlalu dan terus berlalu. Gegaran berpaksikan sumatera dengan 7.9 R. Kalau 9 R mahu runtuh banguanan kolej ini. oklah. Layan gambar yang sempat aku tangkap masa kejadian. Sempat jugakan..hehehhe

Wassalam.

Friday, September 25, 2009

Coretan Raya...







Salam..

Ni antara gambar raya keluarga aku dan saudara kat umah atuk ayah. Gambar aku beraya takde. Lagipun masa raya aku sakit gigi n gusi so tak beraya pun. Duduk umah je. heheh.. Ramadhan berlalu meninggalkan kita lagi, syawal datang bersama kita. Apakah kita akan bertemu Ramadhan tahun depan? Sama2lah kita mensyukuri Syawal kali ini..

oklah.. Salam Ramadhan..
next post aku akan paparkan gambar persiapan majlis pernikahan akak aku.
Di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada akak aku dan kawan sekuliah aku. NOR. Semoga bahagian dan berjaya dunia akhirat..
Wassalam..

Monday, September 21, 2009

Di SebaLIk Tabir Hari Raya..







Salam..

Ni gambar sehari sebelum raya. Aku pakai baju raya dengan anak sedara kerana nak dia cuba baju raya dia. hehehe.. Layan jelah..


Saturday, September 19, 2009

SelaMat Hari Raya


Salam..

Baru sebentar tadi pengumuman raya di buat. Esok, 19 September 2009 hari raya yang ke 23 dalam hidup aku.. Di sini aku nak ucap selamat hari raya :

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA KITA BERJUMPA RAMADHAN DAN
SYAWAL AKAN DATANG
HAYATI MASA YANG ADA

KEPADA MAK DAN AYAH
MAAF DIPINTA..
BIASALAH ASYIK MENYUSAHKAN JE..
HEHEHEHEHEH
DUIT RAYA JANGAN LUPA YE..
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI
DI BERI KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL
UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH

AKHIR KATA
MAJUKAN NEGARA UNTUK GENERASI AKAN DATANG
DIRIKAN AGAMA UNTUK KESENANGAN
DUNIA AKHIRAT..

WASSALAM

Sunday, September 13, 2009

OOO.....BaliK kampUng

Align Center


Salam...

Aku tak boleh nak tidur. Petang n malam ni ada kuliah. Mesti agak letih. Biasalah hujung2 ramadhan ni. Sekarang kolej dah agak sunyi. Ramai yang dh balik. Housemate dah ada yang balik. Malam ni, wan balik kedah. Aku juga yang lewat. Hari khamis baru balik. heheheh... Walaupun lewat balik tapi balik juga. Ada yang tidak balik raya dgn famly. Kebanyakkan yang tidak balik budak sabah n sarawak. Kesian diorang. Nak balik, cosnya mahal. Besar sungguh pengorbanan mereka.. pose kali ini , pose terakhir aku kat upsi. Tadi masa beli makanan kat sahur, kawan cakap dia sedih cos pose tahun depan dh tak bersama2. Masing2 dengan haluan sendiri. Sayup je mendengar dia membebel sorang2. Tapi biasalah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Ni nasihat aku kepada semua, hati semasa memandu balik kampung. Sayangi nyawa anda. Keluarga anda menanti kepulangan anda. Jgn main mercun n meriam tanpa kawalan orang dewasa. Kalau tak main mercun tak meriahlah raya. heheheh.. Raya kan setahun sekali. Aku pun masa kecil2 selalu main mercun. Sanggup simpan duit belanja sekolah semata2 nak beli mercun. Mak ayah tak tahu. Tahu2 dan berdentum-dentum je. hehhheh... Apa lagi kena marahlah. Lepas habis kena marah main lagi. Ala biasalah budak2 namanya. Sekarang adik aku yang paling kecil ikut perangai aku. Hari tu balik umah, tengok dia dah stanby mercum. Awal dah beli. Mak ayah tak tahu tu. Aku senyap je. Aku pun nak main juga. hehheheh.. Nasihat aku seterusnya, raya nnti jagn makan banyak2. Nanti mabuk kuih raya. heheh.. oklah.. nak rehat.. bye..
Wassalam..